Hiburan

Ibu Aliff Aziz sudah ‘unfollow’ IG Bella, posting tentang aib jadi perhatian…

Kuala Lumpur: Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil didakwa sudah tidak mengikuti atau ‘unfollow’ menantunya, Bella Astillah di laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Harian Metro akaun IG Bella Astillah masih mengikuti akaun ibu mentuanya, @fizaaziz.

Dalam pada itu, hantaran dimuat naik Hafiza berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku’ mendapat pelbagai reaksi netizen

Di ruangan komen, seorang pengguna menyarankan agar Hafiza berhenti menyebelahi anaknya.

Dalam masa sama, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat dan doa buat Hafiza sekeluarga.

Terdahulu, dunia hiburan gempar dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.

Namun mereka, dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang hari sama dan mereka bakal didakwa dengan kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Berikutan itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff namun sebutan ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Khamis lalu, Aliff dan Ruhainies tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap. Mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button