Hiburan

Bayi sulung Marissa menlnggal ketika dilahirkan

Kuala Lumpur: Bayi sulung kepada pempengaruh Marissa Damia yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dilaporkan menlnggal dunia ketika dilahirkan. 

Menurut sumber Harian Metro, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Difahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Bagaimanapun, bayi itu menlnggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang,” katanya.

Menurut sumber lagi, bayi itu selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

“Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja,”‘katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Story, Marissa memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang.

Menerusi hantaran sama, Marissa turut meletakkan gambar suaminya. 

Terdahulu Marissa mengunci mulut mengenai spekulasi sedang berbadan dua seperti yang tular di media sosial.

Marissa  ketika ditemui media bagaimanapun hanya meminta doa orang ramai agar segala dakwaan yang timbul dipermudahkan.

Terdahulu spekulasi mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.

Sebelum ini Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand bersama Aslam yang juga berstatus suami orang pada 27 Disember tahun lalu.

Spekulasi itu kemudiannya disahkan sendiri oleh Abby pada 16 Mac lalu.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button