“Kami, 11 tahun kemudian…” – Raysha Rizrose umum hamil anak pertama
LEBIH setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raysha Rizrose berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang berbadan dua.
Berita gembira itu dikongsi Raysha atau Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.
“Kami, 11 tahun kemudian,” katanya.
Raysha berkongsi momen indan tersebut menerusi hantaran di Instagram.
Difahamkan, 11 tahun itu merupakan usia perkenalan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.
Menerusi video tersebut, Raysha bersama suaminya iaitu pelumba kereta Formula 2 (F2) Nabil Jeffri, 31, dilihat sedang berjalan berpegangan tangan di persisiran pantai.
Apa yang menarik perhatian, pelakon itu turut mempamerkan bahagian perutnya atau baby bump.
Rata-rata netizen terkejut dan sebak mendengar khabar gembira itu.
Bagaimanapun, Raysha tidak mendedah butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungan ketika ini.
Untuk rekod, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan bertunang.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda