Tahniah! Tengku Puteri Afzan selamat bergelar isteri FD Idzham
TENGKU Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat bergelar isteri kepada FD Idzham FD Iskandar, pada Khamis.
Pasangan mempelai diraja ini dinikahkan Mufti Pahang, Datuk Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang untuk menjadi wakil rasmi Baginda.
Usahawan muda dan pemain ragbi untuk kelab Saracens F.C yang berpangkalan di London itu menyerahkan senaskah al-Quran sebagai mas kahwin.
Pasangan mempelai diraja itu segak mengenakan busana baju Melayu dan baju kurung berona putih.
Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar perkenan menyaksikan Istiadat Akad Nikah yang berlangsung gilang gemilang di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Usai akad nikah, FD Izham dibawa menunaikan solat sunat di kamar khas disusuli dengan perarakan masuk Tengku Afzan ke mahligai pelamin.
Kemudian, pengantin lelaki berarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.
Doa kemudiannya dibaca Mufti Pahang sambil menyaksikan Tengku Afzan sebak mengalirkan air mata diikuti dengan bondanya, Tengku Ampuan Pahang yang kelihatan tidak mampu menahan rasa sedih melepaskan anakanda perempuan Baginda.
Terdahulu, rakyat jelata seluruh Pahang berpeluang menyaksikan siaran langsung adat istiadat tersebut di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan di Tasik KotaSAS.
Untuk makluman, Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan berlangsung selama tiga hari sehingga 25 Ogos, dengan dimulai istiadat adat nikah.
Pasangan pengantin Diraja akan menjalani istiadat berinai pada 23 Ogos seterusnya istiadat bersanding pula dijadualkan berlangsung pada hari Ahad.
Untuk rekod, FD Idzham merupakan anak sulung kepada Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor dan isteri, Datin Seri Hafizah Zakaria.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda