Hiburan

Syamsul Yusof sedia lepaskan isteri, terpaksa tangguh lafaz cerai sebab Ira Kazar baru lantik peguam

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof sudah bersedia untuk melafazkan cerai terhadap isterinya iaitu Ira Kazar.

Perkara itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan kerana Ira tidak dapat hadir ke mahkamah pada Selasa dan memaklumkan baru sahaja melantik peguam bagi urusan berkenaan.

Hal ini dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais.

Azmi ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

“Syamsul sedia untuk melepaskan Ira. Syamsul pastinya mahu segera selesaikan kes mahkamah ini.

“Ira baru sahaja melantik peguam dan disebabkan itu dia tidak hadir pada hari ini (Selasa),” katanya kepada pemberita.

Azmi ditemui media semasa sebutan pertama perceraian Syamsul dan Ira yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Selangor pada Selasa.

Syamsul dan Ira bagaimanapun tidak hadir pada sebutan yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din.

Sementara itu, Ira pula diwakili peguam Ahmad Fuad Borhan.

Syamsul memfailkan cerai pada 19 Ogos lalu.

Syamsul memfailkan peneceraian terhadap Ira pada 19 Ogos lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button