Sorok kelahiran anak sulung, Abang Tesla bengang ada pihak cuba laga-lagakan dua isteri
ISTERI kedua kepada personaliti media sosial Abang Tesla selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan.
Dalam meraikan kegembiraaan, Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, turut meluahan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak menyebarkan berita kelahiran bayi itu tanpa pengetahuannya.
Khal berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada malam Ahad.
“Bini saya tengah dekat hospital. Saya tak tahu macam mana nak buat lagi. Saya dah sorokkan tentang kelahiran anak saya.
“Tapi orang luar yang muat naik kat media sosial dan menyampaikan sana-sini,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada malam Ahad.
Abang Tesla bagaimanapun tidak berkongsi lanjut berkenaan kelahiran cahaya matanya itu.
Dalam pada itu, Abang Tesla memberitahu dia merahsiakan berita gembira itu kerana mahu menjaga hati isteri pertamanya iaitu Nurmajdina.
Malah, dia mendedahkan ada pihak cuba melaga-lagakan dua isterinya itu dengan melemparkan pelbagai tuduhan jahat.
“Saya harap jangan buat fitnah yang bukan-bukan, saya dah tutup mulut ketat-ketat untuk jaga hati masing-masing.
Khal sedaya upaya menjaga hati isteri-isterinya.
“Disebabkan perkongsian orang ini, isteri kedua saya dituduh untuk bolot harta. Saya tak tahu kenapa perlu menaip macam ini?” ujarnya.
Pada Ogos tahun lalu, nama Khal menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video di aplikasi TikTok mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.
Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda