Hiburan

Belum dua tahun kahwin, Syamsul Yusof mahu cerai Ira Kazar… Ini kata peguam…

PELAKON dan pengarah filem Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar pada Isnin.

Perkara tersebut disahkan peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais ketika dihubungi mStar pada petang Isnin.

“Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin),” katanya.

Permohonan cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Syamsul Yusof memfailkan perceraian terhadap Ira Kazar.

Jelas Azmi, Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, membuat tindakan tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

“Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya ringkas.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.

Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button