Hiburan

Sherry AlHadad Ulas Bila Satu Pentas Dengan Elly Mazlein, ‘T4kut’ Nak Buat GV; “Kami Sama-Sama Pengacara Wanita.”

Teka-teki mengenai pengganti Nabil Ahmad sebagai pengacara pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) akhirnya terjawab apabila Sherry Alhadad muncul bersama Elly Mazlein.

Sherry mengambil alih tugas Nabil yang masih berada di kampung selepas pemergian Allahyarham bapanya, Ahmad Ismail yang men1ngg4l dun1a akibat sak1t jantung pada Jumaat lalu.

Pemilihan Sherry sebagai pengacara pada malam ini bersama Elly atau Kak Lina juga dilihat menerima maklum balas yang baik daripada peminat GV9.

Gandingan dua Sharifah itu malam ini nampaknya menjadi, namun dua pengacara popular yang terkenal dengan sikap riang mereka selama ini tetap ‘masuk air’.

“Memang duduk sekali, bincang apa yang kita nak buat.”

Demikian kata pengacara, Sherry AlHadad sebagai mengulas pengalamannya mengacarakan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Elly Mazlein, menggantikan hos tetapnya, Nabil Ahmad, malam tadi.

Menurut Sherry, dia akui senang bekerjasama dengan Elly memandangkan mereka pernah berganding sama di dalam salah satu minggu di Big Stage sebelum ini.

“Kami sama-sama pengacara wanita, kalau lelaki dan perempuan di atas pentas mungkin ‘vibe’ itu akan menjadi lain. Jadi kami perlu berjaga-jaga juga, tak boleh nak melebih sangat. Seiring dengan tema.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tambah pula ia minggu kerohanian. Takut kalau kita terlebih, bahaya juga,” katanya kepada MH.

Ditanya situasi mengendalikan GV buat pertama kali, Sherry tak menafikan pada awalnya dia tak ber4ni.

“Saya takut. Malah ketika pihak produksi hubungi pada Jumaat, im so afraid. Sebab saya tahu, di Big Stage penontonnya berbeza begitu juga dengan GV.

“Bila dapat tahu uji4n yang menimpa Nabil saya turut sama terkejut dan menyambut pelawaan produksi. Elly menghubungi saya selepas itu dan dia beri kata semangat untuk saya kendalikan GV9 bersamanya,” katanya lagi.

Berkongsi satu pentas dengan Elly Mazlein, Sherry akui matlamat mereka hanyalah untuk menghiburkan.

“Baik saya atau Elly, tujuan kami satu sahaja iaitu untuk menghiburkan orang. Kita tahu segelintir akan ada orang yang tak suka dengan cara kita.

“Jadi bagi saya tiada istilah tertanya-tanya mengenai personaliti Elly dan sebagainya. Kami bekerja sahaja untuk menghiburkan penonton di auditorium dan juga di rumah,” katanya lagi.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button