Hiburan

Ameng Lega Anak Sulung Bakal Berumah Tangga Julai Depan! – “Saya Takut Perceraian Saya & Mak Dia Beri Kesan Sampai Takut Nak Kahwin”

Penyanyi Ameng meluahkan rasa syukur dan lega apabila anak sulungnya hasil perkahwinan bersama sutradara popular Datuk A Aida, Wan Az Aleesa, 27, bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Ujar Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 54, tidak menyangka anak perempuannya itu punyai kekasih.

“Sebenarnya saya tak sangka pun dia nak kahwin, kita pun tak tahu dia ada pasangan. Sebab dia selalu belajar, bila terjumpa dia di luar pun bersama kawan-kawan lelaki. Dalam hati kita ‘anak aku ni tak ada boyfriend ker?’.

“Umur dia pun bukan muda lagi. Saya pun tertanya-tanya juga adakah dia trauma nak kahwin ker takut dia tengok kita ni ada masalah keluarga dulu kan. Takut perceraian saya dan mak dia dulu beri kesan kepada dia menyebabkan dia takut nak kahwin.

“Tak tak sangka tiba-tiba dia kata bulan tujuh ni nak kahwin. Saya siasat, rupa-rupanya kawan lama dia. Fasa percintaan itu baru lagi bagi mereka.

“Alhamdulillah, saya menerima dengan hati terbuka dan gembira,” katanya kepada Gempak.

Ameng ditemui pada majlis pertunangan Wan Az Aleesa bersama jejaka pilihannya bernama Zain Azrai Abdul Aziz yang merupakan seorang juruterbang di Janda Baik, Pahang pada Sabtu.

Tambah Ameng, dia bertemu bersama anak dan bakal menantunya itu sekitar bulan Ramadan lalu bagi memohon restu ke arah fasa baharu.

“Saya pilih bulan Ramadan selepas lima bulan dia mengajak saya untuk berjumpa. Saya tengok pilihannya seperti lelaki budiman, tak over acting. Kerjayanya pun okey, hormat orang tua.

“Pada mulanya saya uji dia baca Al-Fatihah dan saya sarankan sesiapa nak terima menantu jangan tengok luaran saja. Alhamdulillah pilihan anak saya seorang yang boleh mengaji Al-Quran,” tambahnya.

Selain Aleesa, Ameng dan A. Aida memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Azevanatassha, 22.

Antara artis yang hadir pada majlis pertunangan itu ialah Ummi Nazeera, Putera Amaris, Ana Dahlia, Zul Huzaimi, Mubarak Majid dan Farahdhiya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber:Gempaka

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button