Hiburan

“Dia buat kita pula segan” – Zahirah Macwilson kongsi video keluarkan pam susu dari baju, para ibu rasa malu

SEJAK bergelar ibu kepada dua cahaya mata, pelakon Zahirah Macwilson gemar berkongsi rutin harian sebagai seorang ibu dengan pengikutnya di media sosial.

Bagaimanapun ada pula kurang senang dengan perkongsian pelakon berusia 29 tahun itu kerana merasakan Zahirah terlalu terbuka sehingga hilang rasa malu.

Ia susulan video dikongsi Zahirah memaparkan dia mengeluarkan pam susu daripada bajunya sebelum membungkusnya ke dalam plastik khas untuk dibekukan.

Pelbagai kata kurang enak memenuhi ruangan komen Zahirah.

Menurut isteri aktor Aiman Hakim Ridza itu, tindakan itu biasanya dilakukan sebelum dia keluar rumah.

“Pam sebentar sebelum saya keluar sekejap,” tulisnya pada bahagian kapsyen video tersebut.

Dalam pada itu, ramai menganggap tiada sebarang keperluan video itu dikongsi secara terbuka di media sosial.

Namun ada pula menganggap apa ditunjukkan adalah ilmu terutamanya buat wanita yang baru bergelar ibu.

“Dia yang buat kita pula yang segan, Air kencing, najis dan susu badan itu aib kita. Patut simpan sendiri.

“Tengok ini rindu pula bau hamis badan… bau susu basi. Anak kita dah besar.

“Dia kongsi untuk tujuan pendidikan, kalau malu jangan tengok.

Inara Raisa nama pilihan Aiman dan Zahirah buat anak kedua.

“Kalau pikir positif sebenarnya video ini beri semangat untuk ibu-ibu yang menyusukan anak,” antara komen netizen.

Zahirah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 31 Mei lalu yang diberi nama Inara Raisa di Perth, Australia.

Untuk rekod Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Isaac Raees, 3 tahun.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button