Hiburan

“Niat itu ada tapi…” – Pernah Terfikir Nak Kahwin Dua, Aliff Syukri Tak Nak Pening Kepala

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk berpoligami namun, hasratnya itu terhenti selepas memikirkan kesannya dikemudian hari.

Jelas Aliff, meskipun poligami dibenarkan didalam agama tetapi bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.

“Saya memang ada terfikir untuk berkahwin dua tapi saya tak sanggup nak pening kepala. Pada saya, bila wujudnya orang kedua, kasih sayang dan fokus kita akan berkurang.

“Saya tak kata kahwin dua itu salah. Kalau berkemampuan atau dah ditakdirkan jodoh, kita tak boleh nak halang. Perkara ini bukannya haram pun. Niat itu ada tapi saya takut bini,” selorohnya.

Pernah berhadapan situasi rumah tangga di hujung tanduk, bapa kepada lima orang cahaya mata ini bersyukur kerana dia dan isteri sentiasa diberikan kekuatan untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

“Saya sebenarnya tak nak ulas isu rumah tangga yang viral sekarang ini. Rumah tangga saya pun pernah ada krisis besar. Pada saya, dalam perkahwinan, semua orang inginkan kebahagiaan tetapi kita tak boleh mengharapkan ia seperti di televisyen.

“Perkahwinan bukan semuanya indah. Saya pernah berada disituasi terduduk di lantai kerana merasakan rumah tangga saya dah berakhir. Namun berkat sokongan keluarga saya dan mertua, kami dapat harungi setiap dugaan.

“Saya punyai impian untuk tidak mengharungi fasa penceraian kerana saya sendiri daripada broken family. Mak dan ayah saya bercerai. Saya tak nak hal yang sama berlaku pada keluarga saya,” kongsinya lagi.

Alif berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.

Malah, dia juga percaya segala apa yang dikecapinya selama ini adalah disebabkan rezeki Allah SWT memalui isterinya.

“Bila kita berduit dan terkenal, ego kita akan semakin tinggi. Kita akan merasakan pasangan punyai banyak kekurangan dan ramai pula yang cuba dekati kita. Namun, saya selalu berfikir, adakah kehadiran orang baru itu ikhlas mencintai saya?

“Nak mencari pasangan yang sanggup susah senang bukan mudah. Jadi, kita harus saling hormat-menghormati. Isteri saya itu nampak je lembut tapi tegas orangnya. Dialah yang memperbaiki kelemahan saya.

“Tanpa isteri saya, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Saya percaya rezeki suami itu ada pada isteri,” akhirinya.

Terdahulu, sebanyak 47 kategori anugerah telah pun disampaikan kepada wanita-wanita yang telah banyak berjasa dan cemerlang di dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.

Antara penerima anugerah termasuklah daripada golongan selebriti seperi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Wawa Zainal dan ramai lagi.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.

Sumber:MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button