Hiburan

“Mslh Ini Tiada Penyembuh” – Elizabeth Tan Dedah Pnyaklt Yang Dah Lama Dia Simpan Selama Ini..

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan akui kurang keyakinan diri selama ini apabila mendedahkan menghadapi mslh al0pecia atau keguguran rambut kritlkal akibat penyaklt autoimun.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, alopesia yang dihadapi semenjak 2018 itu telah menyebabkan kepalanya bertompok botak.

 

“Sebenarnya saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.

“Pada 2018, autoimun pula menjadi penyebab saya mengalami al0pesia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.

“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu mereb4k.

Sehingga kini, sudah 12 kali al0pesia terjadi,” katanya kepada Astro Gempak.

Lizzy ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kata Lizzy, terdahulu dia tidak mendedahkan penyaklt yang dialami sebelum ini kerana enggan meraih simpati orang ramai.

“Memang sebelum ini saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai atau media sosial terutamanya peminat.

“Mana tidaknya, setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan.
“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami.

Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini,” ujarnya.

Justeru, Lizzy terpaksa menolak tawaran lakonan yang memerlukannya untuk memotong rambutnya pendek.

“Saya pun baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki.

“Saya takut rambut lambat tumbuh dan al0pesia kembali menyer4ng selepas saya memotong rambut,” katanya.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button