Pelakon Ridzuan Hashim menlnggal dunia, rebah ketika sarapan

PELAKON Ridzuan Hashim menlnggal dunia di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi, Khamis.
Perkara tersebut disahkan oleh anak saudaranya iaitu pelakon Iman Zulkarnain yang memaklumkan Allahyarham tiba-tiba rebah ketika sedang bersarapan.
Allahyarham berusia 61 tahun.
“Arwah menlnggal dunia di rumahnya, ketika itu dia sedang bersarapan dan tiba-tiba sahaja jatuh.
Iman (baju hitam) bersama Ridzuan dan keluarga ketika sambutan Aidilfitri.
“Kemudian anak lelakinya melakukan pemeriksaan dan memberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
“Apabila tiba di hospital, arwah disahkan sudah menlnggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.
Iman turut memaklumkan Ridzuan menghidap masalah jantung dan angin ahmar.
Pelakon itu juga dikatakan sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan akibat masalah kesihatannya itu.
Dalam pada itu, Iman memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
“Setakat ini kami pun belum dapat lagi kepastian punca kematlan daripada pihak hospital.
“Jenzah akan diuruskan dan dikebumikan hari ini (Khamis),” jelasnya.
Pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham Ridzuan turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.
Sementara itu, arwh kali terakhir dilihat meraikan Aidilfitri bersama bekas isterinya, Didie Alias bersama anak-anaknya di sebuah resort di Melaka.
Untuk rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga degnan pelakon Didie pada 1991 namun bercerai pada 2002.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Allahyarham sejak itu tidak pernah berkahwin lagi.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.