Hiburan

Da’i Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail, Tak Sangka Afiq Muiz Tinggal K0men Memang ‘Deep’!

PENDAKWAH selebriti Da’i Syed mengesahkan sudah mengikut tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Hana Ismail yang merupakan personaliti TV Al Hijrah.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, berkata, majlis tersebut berlangsung pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor.

“Alhamdulillah majlis berkenaan berjalan lancar di rumah Hana. Syukur segalanya dipermudahkan.

Syed luah rasa syukur hubungan dengan Hana dipermudahkan.

“Semua berlaku dengan pantas. Kami mendapat doa orang-orang yang baik untuk hubungan ini,” katanya kepada mStar.

Pada malam Rabu, pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi majlis pasangan berkenaan di Instagram miliknya sekaligus mendedahkan status sebenar hubungan Syed dan Hana yang dikhabarkan sudah bertunang.

 

“Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. Jaga amanah ini sebaiknya @daisyed_ @hanaalmauzah 💝. Semoga adikku berdua berada dalam lindunganNya dan rahmatNya Allah SWT. #majlismerisikdanbertunang.”-Tulis Umie Aida

 

Dalam pada itu, Syed turut memaklumkan mereka akan disatukan sebagai suami isteri dalam masa terdekat namun belum bersedia berkongsi tarikh sebenar pernikahan.

“Insya Allah, tarikh perkahwinan kami sudah dekat. Nanti saya akan kongsi.

Kami mendapat doa orang-orang yang baik untuk hubungan ini.

DA’I SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

“Majlis kami nanti akan berlangsung di Kuala Lumpur. Nikah dan kenduri pada hari sama,” jelasnya.

Syed dalam satu temu bual sebelum ini mendedahkan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga enggan bercerita lanjut mengenai hubungan mereka.

Ketika itu, pendakwah berkenaan hanya memaklumkan majlis tersebut hanyalah pertemuan keluarga selepas dua minggu berkenalan rapat dengan Hana.

Komen Afiq Muiz Cur1 Perhatian

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti dilihat menitipkan ucapan tahniah dan doa buat pendakwah selebriti dan pengacara TV Al-Hijrah, termasuklah pelakon, Afiq Muiz yang turut memberikan komen yang mencur1 perhatian.

“Ingat pesan aku dai Syed perempuan ni bukan mainan. Semoga selamat hendaknya.”-Afiq Muiz

Kami turut mahu mengucapkan tahniah di atas pertunangan Da’i Syed dan Hana Ismail. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Sumber: mStar, murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button