Hiburan

“Lepas Cerai, Sha Nak Something Different..” – Shila Amzah jawab soalan netizen kenapa tindik hidung

Nama penyanyi Shila Amzah kembali menjadi sebutan selepas dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas berpisah, penyanyi ini dilihat kembali aktif dalam dunia seni apabila menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza dan meraih tempat ketiga.

Shila Amzah nak kelainan lepas cerai

Penyanyi itu juga dilihat tampil dengan imej bertindik di hidung menyebabkan peminat tertanya-tanya. Menerusi sesi langsung di TikTok, Shila berkata dia mahukan kelainan selepas berpisah dengan suami.

Tambahan pula, penyanyi ini mengakui dia memang suka bertindik sejak dari sekolah lagi.

Bila ada overprotective family, you nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi, selepas Sha cerai, I wanted something. Sha macam nak something different.

Terdahulu, penyanyi lagu Patah Seribu ini mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh terkenal, Ubai.

‘Keluarga semua dah okey dengan dia’ – Shila Amzah

“Ahli keluarga termasuk adik-beradik lain semua okey dengan dia. Kalian jangan cakap tak direstui atau apa-apa,” kata penyanyi Shila Amzah susulan pertanyaan seorang pengikut di TikTok sama ada hubungannya dengan pempengaruh TikTok, Ubai direstui ahli keluarga atau sebaliknya.

Shila berkata, dia berharap orang luar tidak perlu khuatir mengenai hubungan istimewa mereka kerana dia sudah mampu melakukan keputusan sendiri.

“Mungkin hubungan yang sebelum ini ada sebabnya kenapa mereka (ahli keluarga) tak suka.

“Tapi semuanya sudah berbeza sekarang. Saya sudah mampu urus dan membuat keputusan sendiri. Jadi jangan risau,” katanya.

Menurut Shila, Ubai mula mendekatinya secara serius selepas dia disahkan bercerai dengan bekas suaminya tahun lalu dan mengakui mereka kini saling mengenali.

Terdahulu Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengesahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan Shila.

Pendedahan itu dibuat Ubai dan Shila selepas melakukan sesi siaran langsung di TikTok, semalam.

Untuk rekod, Shila bercerai talk satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Kredit: Astro Gempak| Beautifulnara | Instagram Shila Amzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button