Suraya Borhan selamat bersalin anak kedua, sempat makan shellout layan bola sebelum masuk hospital
PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Suraya Borhan selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 4.05 petang, Jumaat.
Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di Instagram, Suraya, 41, meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran itu dipermudahkan.
Suraya bersama suami dan anak sulungnya.
“My Little hero is here! Syukur Ya Allah dipermudahkan segalanya.
“Berkat atas segala usaha & penantian. Dikurniakan zuriat kedua penyejuk hati mommy daddy.
“Lengkap sepasang. Alhamdulillah, moga membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh,” tulisnya.
Sebelum itu menerusi Instastory, Suraya sempat berkongsi video menikmati makan malam bersama rakan penyampai iaitu Sharifah Shahira.
Malah dia juga sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Asia perlawanan di antara Malaysia dan Korea Selatan pada malam Khamis.
Suraya sempat meluangkan masa bersama Sharifah Shahira sebelum bersalin.
Untuk rekod Suraya dan suaminya iaitu Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama diberi nama Janna Safya pada 27 Mac 2020.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.