Hiburan

“Sekarang masih rasa sakit” – Sarimah Ahmad dedah derlta k4nser usus, kesan penyakit selepas pengsan dalam bilik air

SENIWATI Datuk Sarimah Ahmad mendedahkan menderita kanser kolon atau usus tahap tiga pada selepas disahkan menghidap penyakit itu dua tahun lalu.

Sarimah, 82, berkata, penyakit tersebut diketahui apabila mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan selepas dia ditemui pengsan di dalam bilik air oleh anaknya.

Bagaimanapun, Sarimah memaklumkan dia kini sudah bebas daripada kanser tersebut selepas melakukan pembedahan.

Sarimah pernah menghidap k4nser tahap tiga.

“2022 saya disahkan k4nser kolon (usus). Sebenarnya saya sudah rasa (sakit) lama, macam-macam sakit. Tapi saya tidak tahu.

“Awalnya pergi ke satu pusat perubatan di Shah Alam, doktor kata tiada apa. Cuma beri ubat. Saya dapat tahu kena k4nser apabila saya pengsan sebab kepala sangat sakit.

“Kemudian anak saya naik atas, nampak saya sudah pengsan. Anak saya yang bongsu bawa saya pergi hospital.

“Kemudian buat pemeriksaan dan disahkan k4nser kolon peringkat ketiga,” katanya kepada mStar.

Sarimah memaklumkan perkara itu selepas ditemui pada Program Ziarah Madani oleh Setiausaha Politik II Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Mengenang kembali perkara tersebut, Sarimah berkata, dia menghabiskan sebanyak RM60,000 wang simpanannya untuk kos rawatan k4nser.

Sekarang masih rasa sakit sebab saya bukan kena k4nser sahaja, saya ada ulser

DATUK SARIMAH AHMAD

PELAKON

Meskipun ada pihak pernah menawarkan tajaan menanggung sepenuhnya kos rawatan tersebut, Sarimah enggan menerimanya.

“Ada sahaja orang nak sponsor, tapi saya tidak mahu sebab ketika itu kena tukar hospital (untuk tajaan).

“Ada juga yang suruh iklankan ke dalam surat khabar, tapi saya tidak mahu. Selagi saya daya, saya tidak mahu menagih simpati,” ujarnya.

Sarimah enggan tagih simpati rayu tajaan perubatan ketika sakit.

Tambah Sarimah, dia masih berasa sakit di bahagian perut walaupun doktor sudah mengesahkan dia kini sudah pulih.

“Sekarang masih rasa sakit sebab saya bukan kena k4nser sahaja, saya ada ulser. Doktor maklumkan saya sudah pulih (selepas pembedahan),” katanya.

Kongsinya lagi, dia mengamalkan makanan sihat untuk menjaga kesihatannya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Saya memutuskan untuk tidak menjalani rawatan kimoterapi. Memang saya tak mahu, Disebabkan itu, saya hanya menjaga pemakanan.

“Antara makanan yang banyak saya ambil adalah salad, buah naga, avocado, madu, salad, telur ayam kampung dan beberapa kekacang,” ujarnya.

Terdahulu, Sarimah juga pernah disahkan menghidap k4nser sinus pada 2011 dan sudah kembali pulih.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button