Hiburan

“Komunikasi antara kami sedikit berbeza” – Tak sekuat rakan artis lain, Linda Hashim pilih diam ketika berdepan ujian cerai…

PELAKON Linda Hashim mengakui fasa sebulan perceraian yang dilalui sebelum ini adalah satu tempoh yang amat sukar dalam hidupnya.

Kata Linda atau Norhazlinda Hashim, 39, anak-anak menjadi kekuatan dia dan suami iaitu Beego memilih untuk kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri.

Ketika situasi itu berlaku, Linda berkata dia lebih selesa berdiam diri, lebih-lebih lagi melihat rakan selebriti lain yang turut berdepan ujian sama.

Linda dan Beego bersama tiga orang anaknya.

“Ketika kami berpisah banyak kes artis lain juga yang sedang hangat. Saya tahu tidak boleh berhadapan dengan banyak persoalan seperti mereka.

“Jadi lebih baik saya ambil langkah berdiam. Perkara yang telah berlaku adalah ketentuan dan saya tidak mahu ada gangguan ketika itu.

“Anak-anak juga menjadi kekuatan untuk kami kembali bersama. Mungkin juga sebab muka kami hampir seiras… kata orang muka sama jodoh kuat,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 43, melafazkan cerai talak satu terhadap Linda pada 27 Mac lalu sebelum kembali rujuk pada 9 April.

Kisah keretakan rumah tangga mereka tidak diketahui umum sehinggalah pasangan ini muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Tambah Linda, perpisahan sementara yang terjadi itu menguatkan lagi hubungan mereka dan kini terus memperbaiki komunikasi antara suami isteri agar tidak terjadi perbalahan besar.

“Komunikasi antara kami sedikit berbeza dan lebih diperbaiki. Hubungan juga semakin baik selepas kami kembali bersama.

“Kalau boleh saya juga enggan bercakap tentang rumah tangga. Cukuplah orang tahu apa yang telah terjadi sebelum ini. Tiada apa yang perlu saya katakan tentang rumah tangga kami,” ujarnya.

Hubungan Linda dan Beego retak bukan kerana orang ketiga.

Dalam masa sama, pelakon ini juga berharap kisah mereka dapat menjadi contoh buat mana-mana pasangan yang berdepan masalah sama.

Linda juga menjelaskan orang ketiga bukanlah punca mereka mengambil langkah berpisah sebelum ini.

“Sekarang ini banyak juga kes lelaki kahwin dua. Saya tidak boleh nak komen tentang perkara itu sebab Beego tidak pernah menduakan saya. Masalah kami sebelum ini adalah kerana komunikasi.

“Namun sekiranya ia terjadi, saya tidak boleh nak halang sebab ia bukan perkara yang dilarang dalam Islam. Kahwin dua boleh sekiranya mampu,” jelasnya.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan mereka dikurniakan tiga ornag cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anngun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Sumber:  mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button