Hiburan

“Saya Insan Biasa, Sudah Tentu Menangis,” – Hidap K4nser, Emosi Azharina Terganggu

Selepas berahsia mengenai keadaan kesihatannya, penyanyi Azharina mengesahkan dirinya telah didiagnos mengidap k4nser dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Azharina masih belum dapat berkongsi jenis k4nser yang dihidapinya memandang masih perlu menjalani pemeriksaan susulan.

Menurut penyanyi lagu Elergi Sepi ini, dia sepatutnya menjalani dua prosedur pembedahan besar namun terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa komitmen kerja yang harus diselesaikan.

“Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi.

“Sepatutnya saya menjalani pembedahan mengurangkan berat badan minggu depan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan.

“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan memandangkan saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan k4nser yang masih belum dikenali pasti,” katanya kepada MH.

Azharina berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran single terbaharu berjudul Realiti duet bersama Kozea yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada masa sama, Azharina memberitahu dia mengambil keputusan menangguhkan pembedahan berkenaan kerana ia memerlukan proses pemulihan yang panjang.

Tidak hanya kanser, Azharina memberitahu dia juga menderita penyakit diabetes sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Azharina akui ada kalanya emosinya terganggu namun dia harus kekal positif untuk kembali sihat seperti sedia kala.

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

“Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan.

“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.

Sebelum ini menerusi satu temu bual podcast, Azharina memberitahu dia menghidap penyakit misteri selepas mengalami pendarahan teruk semasa berada di rancangan realiti All Star Gegar Vaganza (ASGV) pada 2023.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button