Hiburan

[VIDEO] “Inilah Dia, Sama… Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwh Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu

Anak sulung kepada pasangan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni menzahirkan rasa rindu terhadap arwh ibunya.

Menerusi video yang dikongsi di akaun Instagram milik Sarah, Uwais menceritakan antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama arwh.

Video itu merakamkan Uwais tersenyum dan matanya kelihatan sedikit berkaca sewaktu bercerita gelagat ibunya yang berminat dengan bau minyak wangi seorang wanita ketika mereka bercuti di Autralia.

“Ada satu hari tu Uwais nak beli baju dekat Australia, masa nak beli baju tu ada seorang perempuan lalu tiba-tiba Uwais nampak dia macam (menghidu) wanginya.

“Uwais cakap wangi apa ibu? Ibu cakap tu perempuan tadi tu. Dia punya perfume, kejap ibu nak pergi tanya dia pakai perfume apa.

“Ibu nak pergi dekat dia sekejap, hello what perfume are you using? Lepas tu perempuan tu cakap i’m using Ariana Grande. Akhirnya dia beli,” kongsinya.

Uwais kemudiannya mengambil botol minyak wangi itu sebelum menunjukkan pada video berkenaan.

“Inilah dia minyak wanginya, seratus peratus sama. Memang wangi,” katanya sambil menghidu bau minyak wangi tersebut.

Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata pengikut sebak melihat video dan juga raut wajah Uwais.

“Dia yang bercerita kita pula yang sebak. Rindu seorang anak terhadap ibunya, hanya kenangan dapat diceritakan. Moga Uwais jadi anak soleh,” komen seorang netizen.

“Anak pertama pastinya ada tempat yang sangat istimewa seorang ibu. Ibu pula adalah cinta pertama setiap anak. Al-Fatihah buat Siti Sarah,” tulis seorang lagi.

“Dia yang paling banyak memori dengan ibu, mesti dia rindu ibu sangat-sangat,” coret seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Allahyarham Siti Sarah menlnggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COV1D19 pada 9 Ogos 2021.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button