Hiburan

Fathia Latiff tiba-tiba naik angin samakan Zahirah seperti bibik, syukur tak kahwini Aiman

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Fathia Latiff tampil dalam sebuah video menyamakan wajah aktres Zahirah MacWilson seperti pembantu rumah.

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 36, dipercayai berkongsi perkrara itu ketika membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dia menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Tidak membiarkan komen itu tanpa balasan, pelakon drama Ariana Rose itu turut mendakwa bibir aktres berkenaan dipercayai hasil daripada pembedahan plastik dan bukannya asli.

Fathia membalas komen netizen sewaktu sesi siaran langsung di media sosial.

“Adakah anda pasti? Bagi saya dia nampak seperti seorang bibik dan ayahnya seperti seorang pelakon yang tidak popular.

“Dia juga membuat sesuatu pada bibirnya di Australia dan jangan menafikan saya lebih cantik berbanding dia,” katanya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @roses_officials, Fatiya memberitahu dia bersyukur kerana tidak bersama pelakon Aiman Hakim Ridza sebaliknya bekas teman lelakinya itu berkahwin dengan Zahirah.

Malah kata Fathia, namanya pernah dibuang daripada menghadiri sebuah acara jenama mewah disebabkan pasangan suami isteri itu turut hadir program berkenaan.

“Saya bersyukur kerana dia berkahwin dengan lelaki (Aiman) itu. Saya pun tak nak dia (Aiman) bye.

“Saya tidak boleh terima kenyataan, saya sudah siap nak pergi ke event Versace tapi disebabkan mereka berdua ada sekali, nama saya dibuang.

“Aiman sebenarnya tidak berduit pun. Apa saja yang dia buat? Korang ingat anak Datuk kaya ke? Korang rasa mereka kaya ke? Mereka pun pinjam duit dekat oranglah,” katanya meluahkan rasa marah.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Zahirah dah Aiman mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.

Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira itu di Instagram pada pertengahan Disember lalu.

Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button