Hiburan

“Kami Tak Pernah Muat Naik Gambar & ‘Declare’” – Redza Rosli Sah Bergelar Suami Kepada Pelakon Bella Hanna

Pelakon Redza Rosli memaklumkan dirinya tidak mempunyai niat untuk merahsiakan hubungannya bersama isteri yang juga merupakan pelakon Bella Hanna daripada pengetahuan umum.

Memetik laporan Harian Metro, Redza memaklumkan, dia lebih selesa sekiranya hubungannya itu tidak diuar-uarkan dan menjadi bualan ramai memandangkan pada ketika itu, mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah.

“Segala persiapan majlis ini dibuat ketika saya menjalani penggambaran drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu. Ketika itu juga kami pergi kursus kahwin.

“Saya memang tidak berkongsi kepada sesiapa atau di media sosial. Malah, sepanjang perhubungan ini pun tak pernah muat naik gambar.

“Sebabnya, saya berasakan ia tak perlu. Lagi pula, ketika itu masih dalam fasa perhubungan yang belum ada sebarang ketetapan.

“Namun, apabila semuanya sudah pasti dan ditetapkan baharulah saya berbesar hati untuk berkongsi kepada semua. Dalam Islam pun kata, pernikahan tidak boleh dijalankan secara sembunyi dan sebaiknya perlu dihebahkan,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, pelakon drama Wanita Syurga ini juga memaklumkan dia Bella tidak pernah meletakkan tanda di dalam perhubungan mereka ketika fasa mengenali hati budi.

“Kami sudah kenal lama sebagai kawan. Apabila hubungan itu serasi, kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.

“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.

“Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” katanya lagi.

Pada masa sama, Redza juga memaklumkan dirinya akan berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin.

“Perkahwinan yang dibina selepas lafaz akad nikah yang sah ini tidak sama dengan berlakon. Walaupun saya sudah banyak kali melakonkan babak kahwin, ia berbeza. Ini sebuah rasa yang lain.

“Apabila selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah.

“Malah, di sebalik tanggungjawab itu perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT,” katanya lagi.

Terdahulu, Redza telah selamat bernikah dengan Bella dengan hanya sekali lafaz, pada jam 4.05 petang.

Pada majlis itu, Redza atau nama sebenar Ahmad Redza Rosli menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh daripada pihak perempuan. Manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button