Hiburan

Isteri Teruk Dikecam, Ungku Ismail Beri ‘Catatan’ Buat Nad Zainal

Sejak beberapa hari lepas, nama pelakon Nad Zainal menjadi bualan ramai di media sosial di mana ramai yang mengritiknya berhubung dakwaan bergaduh dengan rakan artis.

Selebriti Sherry Alhadad, Nabila Huda dan Marsha antara yang terpalit dengan isu ini malah Sharifah Sakinah juga turut melabelnya narsistik.

Ekoran itu, ramai warganet menghentam Nad atau Nanad serta menyifatkannya sombong dan lupa diri dengan orang yang mendoakannya ketika kritikal tahun lalu.

Menerusi Instagram, Nad berkata dia kini lebih fokus terhadap suami dan anak-anaknya serta berterima kasih kepada peminat yang “beriya-iya” mendoakan dirinya meskipun kini sudah sembuh.

Mereka menyifatkan statement isteri kepada aktor Ungku Ismail itu begitu sombong dan sama seperti perumpamaan bagai kacang lupakan kulit.

Ramai yang turut mengingatkan Nad bahawa ramai peminat dan rakan-rakan artis mendoakan dirinya saat dia kritikal dan ditidurkan tahun lalu.

Malah, rakan artis juga turut berkali-kali berkongsi kepada orang ramai dan membuat hebahan tentang tabung bantuan untuk membantu membayar kos perubatannya.

Ingat sikit ramai artis artis, kawan kawan datang melawat, doakan kau. Bukan setakat artis, 1 Malaysia doakan kau

Sehubungan itu, suaminya, aktor Ungku Ismail semalam berkongsi tentang catatan atau nota ringkas selepas isterinya teruk dikecam gara-gara kontroversi ini.

Untukmu yang jadi korban para penggosip. Orang yang di belakang suka membicarakan aib dan kekuranganmu.

Sementara itu, tinjauan ke Instagram Nad Zainal mendapati aktres berkenaan sudah menukarkan akaunnya kepada mode privasi selepas kontroversi ini melanda dirinya.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button