Hiburan

“Tidur 7 Jam, Solat..” – Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Sarimah Ibrahim Diusia 40an

Sejak kemunculannya menerusi Gegar Vaganza 9 (GV9) baru-baru ini, penampilan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim yang sama-sama mengendalikan rancangan tersebut bersama Elly Mazlein menyorot perhatian umum.

Tidak hanya ramai penonton mengimbau zaman kegemilangan Sarimah sebagai pengacara, pelakon dan penyanyi, malah penampilannya juga mendapat pujian ramai.

Masakan tidak, wanita yang berusia 43 tahun itu masih kelihatan cantik, sama seperti ketika dia mula-mula menceburkan diri dalam bidang seni puluhan tahun lalu.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya meyifatkan kemunculan Sarimah lebih memeriahkan pentas.

Tapi malam ni kedatangan Sarimah memang gempak lah. – Netzien.

“Sarimah memeriahkan stage tak kaku,” tulis seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga penonton yang memuji kecantikan dimiliki pencara The Sarimah Show itu walaupun sudah mencecah usia 42 tahu

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan Sarimah seperti V4mpire kerana seakan tidak menua langsung dan kekal awet muda sehingga sekarang.

V4mpire ke apa dia ni. – Warganet.

“Lawa giIa weh. Macam tak tua langsung,” tulis seorang pengguna Twitter.

Menerusi ciapan seorang netizen di Twitter, Sarimah ditanya, apakah rahsianya mengekalkan keremajaan wajah.

Sarimah yang ramah berkomunikasi dengan peminat di platform itu berkata, selain minum dua liter sehari, dia turut mengamalkan beberapa rutin termasuk bersenam dan tidur yang mencukupi.

“Dua liter air kosong. Setiap hari. Satu gelas oat milk latte sebelum kardio. 40 minit kardio kaw kaw. Tidur 7 jam. Pray.

“Bernafas dalam sehingga ke dasar perut. Tidak pakai foundation untuk kebanyakan hari. Cuci muka sebelum tidur dan gunakan banyak tabir suria dengan SPF 50 plus,” tulisnya.

 

Minggu kedua GV9 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, menampilkan Danial Zaini bergandingan dengan Elly dan menggantikan Nabil yang tidak dapat hadir atas faktor kerja.

Penyanyi Roy Kapilla yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati menjadi peserta yang tersingkir selepas mendapat markah paling tercorot iaitu 53.2 peratus.

Sumber: Gempak, Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button