Hiburan

“Alhamdulillah terbukti…” – Bekas madu Miera Liyana puas hati menang kes nusyuz, permohonan plaintif ditolak mahkamah

BEKAS madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abd Mutalib akhirnya mampu menarik nafas lega apabila tuntutan nusyuz dibuat oleh bekas suami, Rosland Othman ditolak mahkamah.

Peguam mewakili Adibah iaitu Mohd Junid Ramli memaklumkan Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin membuat keputusan itu selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

“Alhamdulillah memihak pada Adibah, maknanya sabitan nusyuz oleh pihak plaintif ditolak.

Adibah bersama peguam dan ahli keluarga hadir yang hadir sekali ke mahkamah.

“Bila sudah ditolak ini membuktikan Adibah bukan isteri derhaka seperti didakwa plaintif,” katanya ketika dihubungi mStar.

Nusyuz membawa maksud seseorang isteri itu ingkar terhadap perintah suami.

Dalam pada itu, Adibah bersyukur menerima keputusan itu kerana secara tidak langsung membuktikan dia tidak pernah derhaka terhadap bekas suami.

“Alhamdulillah terbukti saya tidak nusyuz, hakim kata sebab tiada usaha daripada pihak plaintif untuk isu kembali taat, itu yang saya ingat.

“Semoga Allah permudahkan semua tuntutan saya selepas ini sebab saya yakin berada di pihak yang benar.

“Saya cuma mahu tuntut hak saya, tiada niat nak malukan sesiapa,” katanya.

Alhamdulillah terbukti saya tidak nusyuz

ADIBAH ABD MUTALIB

BEKAS MADU MIERA LIYANA

Berpuas hati menerima keputusan mahkamah itu, Adibah berkata dia kini mahu memberikan fokus kepada dua kes lain iaitu tuntutan nafkah dan kes hadanah.

“Sangat gembira dan puas hati dengan keputusan hakim. Selepas ini saya boleh move on dan fokus pada tuntutan lain yang belum selesai iaitu hadanah dan tuntutan nafkah.

“Dengan pengumuman keputusan mahkamah ini, saya harap tanggapan masyarakat terhadap saya berbeza dan nama saya juga sudah bersih daripada dakwaan tersebut,” ujarnya.

Adibah mahu fokus pada kes hadanah.

Untuk rekod, Adibah, 51, dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Mereka bagaimanapun berpisah pada 3 Ogos tahun lalu dengan talak satu.

Rosland bernikah dengan pelakon Miera pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button