Hiburan

4 anggota kumpulan VE ambil keputusan undur diri, Adeep Nahar Seb4k Sahabat Sendiri Bangkitkan Isu Nama Kumpulan

SUSULAN kemelut yang melanda VE sejak kebelakangan ini, empat anggotanya iaitu Adeeb Nahar, Cham, Fakhiz dan Hakim mengumumkan pengunduran mereka daripada kumpulan tersebut.

Adeeb yang terkilan dengan kemelut yang berlaku berkata, dia sudah tidak mahu dikaitkan lagi dengan nama kumpulan tersebut selepas ini.

“Saya anggap sebagai sesuatu perkara hebat apabila dijemput berada dalam VE pada tahun 2018 tetapi dengan apa yang terjadi saya isytihar untuk keluar daripada kumpulan ini.

“Saya tidak mahu dikaitkan dengan nama kumpulan itu lagi.

Adeeb Nahar, Cham, Fakhiz dan Hakim enggan lagi dikaitkan dengan VE.

“Kami tidak mahu menjadi racvn dalam kumpulan itu. Kalau keberadaan kami tidak disenangi jadi kami undur diri,” katanya.

Tidak dapat menahan air mata daripada mengalir, Adeep turut meluahkan rasa terkilan apabila isu tersebut dibangkitkan oleh rakan sendiri.

“Semestinya saya malu dengan isu yang timbul ini… masing-masing sudah besar, berhenti jadi budak-budak sebab semua pun dah jadi bapa kan. Kami enggan memanjangkan isu ini lagi kerana menganggap perkara remeh yang tidak perlu dipanjangkan.

“Saya juga terkilan kerana tak menyangka perkara ini datang daripada sahabat sendiri. Jadi, persahabatan kami pun berakhir di sini saja.”

“Benarlah kata Mufti Menk, tikaman yang datang daripada sahabat sendiri,” ujarnya.

 

Perkara itu diumumkan oleh Adeeb ketika ditemui pada sidang media tergempar yang diadakan di Petaling Jaya pada Isnin.

Dalam pada itu, keputusan berkenaan turut disokong oleh Cham, Hakim dan juga Fakhiz yang turut mengambil langkah sama bagi mengakhiri kemelut yang melanda mereka sebelum ini.

Kata Cham, keputusan tersebut sukar dibuat lebih lagi apabila mereka berempat telah memainkan peranan penting dengan bertanding di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sepanjang 11 minggu menggunakan nama VE.

“Saya sayangkan kumpulan VE ini dan apabila berpeluang beraksi bersama di pentas GV bersama Cham, Akim dan Fakhiz saya rasa kami semua telah memainkan peranan masing-masing.

Kami tidak mahu menjadi racvn dalam kumpulan itu. Kalau keberadaan kami tidak disenangi jadi kami undur diri.

ADEEB

PENYANYI

“Namun keputusan ini terpaksa dibuat… Kita semua sudah dewasa dan matang jadi berhenti berperangai seperti kebudak-budakkan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Zaf selaku ketua kumpulan yang juga ahli asal VE memberi saranan agar mereka yang terbabit dalam GV9 agar bergerak dengan menggunakan nama baharu.

Jelasnya, tindakan ini dilakukan bukan untuk mengeruhkan keadaan namun bertujuan menjaga hubungan silaturahim antara mereka sekali gus mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminat.

Untuk rekod, anngota asal VE adalah Zafri Nazaruddin (Zaf), Abdullah Ahmad (Lah), Shahrin Azmir (Shah), Damian Mikhail (Damian) dan Charma Adizalilullah Khalil (Cham)

Sumber: mStar, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button