Hiburan

[Vide0] Syamsul Yusof enggan ikut cara Puteri Sarah, tak rela buka pekvng hal rumah tangga… Minta sedikit masa jelaskan isu kahwin dua

PENGARAH Syamsul Yusof berjanji akan menyelesaikan masalah kemelut rumah tangga bersama pelakon Puteri Sarah Liyana dalam masa terdekat.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 38, berkata, dia bakal merungkai perkara sebenar yang berlaku di sebalik kemelut yang menjadi bahan bualan masyarakat sejak enam bulan lalu.

“Sudah tiba masanya saya bersuara tentang perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih.

Syamsul bakal menjawab segala persoalan tidak lama lagi.

“Insya Allah dalam masa terdekat ini saya akan menjawab dan meleraikan satu persatu kepada umum.

“Berikan saya sedikit masa untuk selesaikan semuanya. Dalam masa terdekat Insya Allah saya akan berikan titik noktah kepada semua permasalahan ini,” katanya.

Syamsul berkongsi mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia tidak mahu mengalbkan mana-mana pihak termasuk Puteri Sarah yang sering menceritakan kisah peribadi mereka di media sosial.

Kata Syamsul, perkara itu tidak seharusnya dikongsikan secara umum kerana ia melibatkan kisah peribadi mereka.

“Walaupun saya ingin membuka mulut dan bersuara, berbezanya saya dan isteri saya, saya tidak mahu ikut cara dia.

“Saya tidak mahu membuka alb atau pekvng sesiapa kerana ia adalah soal perkahwinan. Soal peribadi antara saya dan dia,” jelasnya.

Sudah tiba masanya saya bersuara tentang perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

Sementara itu, Syamsul menjelaskan dia terkesan dengan pelbagai hlnaan dan pandangan serong netizen terhadap dirinya sehingga menganggu kerjanya di set penggambaran.

Bagaimanapun kata Syamsul, sebagai seorang selebriti dan dibesarkan dalam kalangan keluarga seni, dia akur dengan segala tudvhan dan kec4man yang diterima.

“Apa pun saya sedar kehidupan sebagai seorang selebriti membuatkan semua orang memandang dan segala tingkah laku kita akan menjadi perhatian ramai.

“Saya juga manusia biasa, kadang-kadang terganggu fokus saya untuk menghasilkan filem. Saya terima apa yang netizen lemparkan tudvhan… tak mengapa, saya terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Syamsul kini sibuk dengan penggambaran filem Original Gangster.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan bakal mengambil tindakan sam4n berjumlah RM10 juta terhadap Jawi kerana didakwa membocorkan maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fltnah terhadap dirinya.

Sebelum itu, Puteri Sarah mendedahkan menerima banyak mesej memaklumkan Syamsul sudah berkahwin dengan Ira Kazar dan meminta suaminya itu tampil menjelaskan tudvhan berkenaan.

Syamsul bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai fltnah.

 

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button