Hiburan

“Abang dah Tahu Dah…”- Anak Puteri Sarah Syaikhul Tahu Ayahnya Cur4ng Melalui Youtube

Sebelum bergerak ke Mekah lagi bulan lalu, Puteri Sarah begitu mengharapkan prosiding pertama selepas memfailkan perpisahan berjalan dengan lancar. Malah wanita tersebut berkali-kali menyebut untuk dirinya dilepaskan dengan cara balk pada tarikh keramat 7 Mac hari ini.

Walau bagaimanapun, apa yang berlaku malah sebaliknya pula. Akhirnya dedahkan pernah dikasari suami sendiri pada tahun 2020. Meskipun hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, namun Syamsul Yusof enggan melafazkan talak ke atas isterinya.

Jelas aktres berkenaan, si suami memberi alasan masih ada sinar dalam rumah tangga mereka sedangkan masing-masing sudah setahun tidak bersua muka.

Tapi apa yang Iebih mengejutkan selepas itu adalah Puteri Sarah akhirnya mendedahkan pernah dikasari pada tahun 2020 sehingga memutuskan untuk keluar dari rumah. Sarah tak tahu dia pandang ke tak.

Mujurlah ketika itu, ibu mentua sendiri bertindak menyelamatkan Puteri Sarah dan membawa keluar dari kediaman tesebut. Meskipun telah memendam lama soal ini, namun terpaksa dikeluarkan juga sebagai bukti kerana dirinya telah pun dituduh nusyuz.

Sempat ketawa bila disoal apakah perasaan dapat jumpa kembali dengan suami, aktres tersebut menjelaskan sama sekali tidak memandang wajah itu. Syaikhul dengar sendiri dari YouTube dan dia tanya pada Datuk.

Bukan itu sahaja, rupa-rupanya anak sulung kepada pasangan suami isteri tersebut iaitu Syaikhul Islam sudah mengetahui tentang isu ini. Meskipun baru berusia 5 tahun, namun difahamkan bapa mentua Sarah sendiri yang telah menjelaskan keadaan tersebut selepas ditanya.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai ada menonton klip video berkaitan orang tuanya di Y0uTvbe.

“Walaupun apa yang terjadi Ma (nenek) dan Atuk sentiasa sayang Shaikul dan Summayyah…tak perlu risau mengenai apa yang terjadi.” -Jelas Puteri Sarah

Jelas isteri kepada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, beliau tidak mengetahui bagaimana reaksi anaknya ketika itu, namun Sarah merasa bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah mertua yang sangat memahami dan sentiasa menyokong keputusannya.

VIA Google

“Saya rasa dia dengar cerita (konflik rumah tangga) menerusi laman YouTube dan mungkin daripada situ dia mahukan kepastian. Jadi mereka terangkanlah. Saya bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang baik” – kata Puteri Sarah

Menurut Puteri Sarah, selepas lebih setahun tidak bertemu suaminya, dia memberitahu perasaan sayang sudah tidak wujud.

“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu dia tengok saya atau sebaliknya. Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” – katanya.

Puteri Sarah kali ini tampil yakin dan berani tanpa perlu “dipapah atau dipimpin” oleh mana-mana individu ke Mahkamah Rendah Syariah baru-baru ini selepas diperintah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Sumber: audlr8, murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button