Hiburan

“Besan kami bukan dia” – Ibu Syamsul Yusof tak ada kaitan dengan Kazar, menantu hanya Puteri Sarah

SEJAK hari pertama pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dirinya sudah pun berkahwin dengan Ira Kazar, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail berterusan menulis komen tidak merestui hubungan itu.

Terbaharu, komen Patimah sekali lagi menjadi perhatian apabila menegaskan dia dan suami iaitu Datuk Yusof Haslam tidak berbesankan Kazar Saisi.

“Besan kami En. Megat Kamaruddin bukan dia,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.

Kenyataan Datin Fatimah di ruang komen Instagram mStar.

Patimah meninggalkan komen itu merujuk kepada artikel mengenai Yusof yang enggan bertemu dengan pelakon Kazar bagi membincangkan mengenai perkahwinan anak mereka.

Sehubungan itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Patimah sekali gus kagum dengan cara wanita itu membela nasib menantunya iaitu Puteri Sarah.

“Terbaik Datin! Untung Puteri Sarah dapat mentua sebaik datin. Saya harap datin terus kuat.

“Semoga datin dan Puteri Sarah diberi kekuatan. Harap sangat datin terus menyokong dia.

“Dari sini kita nampak Puteri Sarah sangat disayangi. Dia mesti seorang menantu yang baik dan menghormati. Mak Syamsul sendiri pun tak sokong anak dia,” antara komen netizen.

Menurut laporan mStar pada Ahad, Yusof berkata tiada sebarang keperluan untuk dia menghubungi atau berjumpa dengan Kazar.

Datuk Yusof Haslam enggan komen kenyataan isteri.

Dia juga enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya yang tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.

Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri itu sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur.

Yusof, 69, berkata, masalah yang timbul tiada kena mengena dengan dirinya selain tidak mahu masuk campur urusan anaknya itu.

“Saya tiada langsung telefon dia (Kazar) atau dia hubungi saya. Tak ada fasal saya nak cari dia.

“Itu masalah mereka, saya tak masuk campur,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Terdahulu, Yusof meluahkan rasa kecewa apabila Syamsul tidak berbincang terlebih dahulu untuk berkahwin dengan Ira Kazar.

Bagaimanaupun, Yusof reda dengan keputusan dibuat Syamsul dan berharap agar anaknya itu tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan dua cahaya mata mereka iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button