Hiburan

“Semuanya agak terburu-buru dan…” – Berkenalan di media sosial, Erwin Dawson kini bergelar suami kepada Lee Suxiu

PELAKON Erwin Dawson sah bergelar suami kepada Lee Suxiu Solleha Bazilah dalam satu majlis yang berlangsung di Singapura pada malam Rabu.

Berkenalan sejak Februari tahun lalu, Erwin atau Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 35, berkata hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga kerana merasakan wanita berusia 29 tahun itu adalah pilihan terbaik.

Malah, Erwin berkata dia juga tidak menyangka perkenalan di laman sosial akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.

Erwin dan Suxiu merancang majlis perkahwinan dalam masa satu bulan.

“Kami kenal sekitar Februari (2023) sebelum jumpa pada Mac dan kemudian selepas itu terus rapat. Mulanya dia ada komen dalam satu perkongsian di media sosial dan saya ajak berjumpa untuk berbincang lanjut.

“Dalam tempoh perkenalan pun kami tidak pernah letak sebarang status bercinta. Cukup rasanya dalam hati faham perasaan masing-masing.

“Apabila sudah semakin rapat, saya rasa eloklah sekiranya kami berkahwin kerana tidak manis asyik selalu keluar bersama,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pernikahan dalam satu majlis sederhana dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Pada majlis berkenaan, Erwin menyerahkan sebentuk cincin emas sebagai mas kahwin.

Sementara itu, Erwin memberitahu mereka membuat keputusan untuk berkahwin kira-kira sebulan lalu dan tidak merancang mengadakan majlis secara besar-besaran.

Dalam tempoh perkenalan pun kami tidak pernah letak sebarang status bercinta. Cukup rasanya dalam hati faham perasaan masing-masing

ERWIN DAWSON

PELAKON

“Kami rancang majlis dalam masa sebulan sahaja. Semuanya agak terburu-buru dan kami bernikah pada hari Rabu kerana tidak dapat slot untuk hujung minggu.

“Saya dan isteri mempunyai pemikiran yang sama. Kami mahukan majlis yang sederhana sahaja. Tidak perlu diadakan secara besar-besaran.

“Cuma nanti akan ada majlis jamuan untuk saudara-mara terdekat,” katanya yang turut memaklumkan Suxiu tidak mengetahui dirinya seorang pelakon dikenali di Singapura dan Malaysia.

Erwin tidak ambil masa lama untuk melamar Suxiu sebagai isteri.

Ditanya mengenai cahaya mata, pasangan ini memberitahu mereka tidak merancang untuk mendapatkan anak dalam masa terdekat.

“Mungkin beri masa setahun atau dua sebelum kami merancang ke arah memiliki cahaya mata. Kami mahu nikmati masa berdua dahulu.

“Soal berbulan madu pun tidak rancang lagi sebab ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Mungkin akan akan destinasi yang dekat dahulu sebelum ke umrah,” jelasnya.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button