Artis

Soffwany Yusoff tak guna kabel suami dapat ‘job’ berlakon, Raja Afiq pun suruh bergerak sendiri

PELAKON Soffwany Yusoff tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan suaminya iaitu aktor Raja Afiq menceburi bidang lakonan.

Soffwany atau Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 35, sebaliknya berkata, Afiq sendiri pernah berpesan agar dia bergerak sendiri jika ingin membina nama sebagai pelakon.

“Saya tak guna nama suami dan dia pun pesan suruh bergerak sendiri.

Soffwany patuh permintaan Afiq untuk bergerak sendiri.

“Sebelum ini ada juga yang bangkitkan isu saya guna kabel suami tapi saya buat tak tahu saja.

“Apa yang orang kata tak pernah ganggu pemikiran saya dan terima apa pendapat mereka,” katanya kepada mStar.

Soffwany menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Polis Peronda yang diadakan pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Soffwany memberitahu dia tidak pernah merancang menjadi seorang pelakon.

Jelasnya, ada pihak mula memberikan tawaran selepas dia kerap menemani Afiq di lokasi penggambaran.

“Kebanyakan tawaran itu semua memang spontan dan tidak dirancang pun.

Saya tak guna nama suami dan dia pun pesan suruh bergerak sendiri.

SOFFWANY YUSOFF

PELAKON

“Rezeki saya dapat tawaran berlakon apabila teman suami di set penggambaran,” jelasnya.

Pun begitu kata Soffwany, Afiq banyak berkongsi ilmu lakonan dan memberi bimbingan bagi memastikan dia tidak kekok apabila berada di hadapan kamera.

“Alhamdulillah saya sangat beruntung kerana dia banyak mengajar saya dari segi lakonan.

Soffwany teruja dapat bergandingan dengan suaminya dalam drama Polis Peronda.

“Saya banyak rujuk suami tanya dia macam mana berlakon depan kamera sebab berlakon ini lain, kita tak boleh pandang kamera,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Soffwany teruja apabila bakal muncul dengan drama aksi Polis Peronda bermula 28 Jun ini di TV3.

Drama terbitan Skop Production itu diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam dan Syafiq Yusof.

Selain Soffwany, drama ini turut dibintangi oleh Shah Iskandar, Ramona Zamzam, Raja Afiq dan Puteri Sarah.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button