Artis

‘Pelik’ jadi pasangan Famili Duo ditanya hubungan dengan Wani Kayrie, Bella Astillah tinggal komen

Baru- baru ini, rancangan Famili Duo telah memulakan minggu pertama dengan kemenangan berpihak kepada Bella Astillah dan Wani Kayrie. Famili Duo pada musim ini memaparkan pasangan, Ayda Jebat dan kakaknya, Fyna Jebat ditempat kedua lalu diikuti Naim Daniel dan Sissy Iman, Sabhi Saddi dan Fareed, Ara Johari dan Shaffiq Erwin, Siti Saida dan Siti Sairah serta tempat ketujuh pada minggu pertama, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.

Minggu pertama Famili Duo nampaknya berjaya mencuri tumpuan penonton dan warganet apabila pada kali ini, pasangan duet berkenaan bukan calang-calang nama penyanyi yang terlibat apabila mereka juga dinilai oleh dua juri tetap, Ajai dan Mas Idayu.

Minggu pertama dimenangi Bella Astillah dan Wani Kayrie

Walau bagaimanapun, pada minggu pertama ini membuatkan ramai peminat Bella dan Wani Kayrie teruja apabila mereka memenangi tempat pertama pada minggu pertama dengan memperoleh markah tertinggi sebanyak, 62.4 peratus sekali gus membawa pulang hadiah mingguan bernilai RM10,000.

Umum diketahui, tujuh pasangan yang terlibat tersebut mempunyai hubungan kekeluargaan dan disebabkan rancangan berkenaan menampilkan Bella dan Wani sebagai pasangan membuatkan netizen tertanya-tanya tentang hubungan mereka.

Jawab persoalan netizen

Bella Astillah bagaimanapun diruangan komen menjawab pertanyaan ramai itu dengan meninggalkan reaksi ringkas yang membuatkan persoalan tentang hubungan mereka itu terjawab apabila mereka di Famili Duo adalah pasangan sepupu.

‘Apa hubungan…’

‘Baru tahu…’

‘Tengok Famili Duo baru tahu…’

Sumber: syor.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button