Viral

“Ni bukan anak binatang” – Bapa tengklng guru, angkuh beritahu rambut panjang tak masuk ner4ka

KECOH di media sosial seorang bapa didakwa mengamuk gara-gara seorang guru menggunting rambut anak lelakinya tanpa kebenaran.

Difahamkan, kejadian di sekolah itu berlaku selepas pelajar tersebut dikatakan melanggar peraturan kerana berambut panjang.

“Yang kau (guru) usik ni bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham!” soalnya dengan meninggikan suara.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut kelihatan si bapa mempersoalkan tindakan guru menggunting rambut anaknya.

Malah bapa berkenaan dengan angkuh mengaitkannya dengan hukuman di neraka.

“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu? Kau tahu tak?

“Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau,” katanya.

Bapa berkenaan mempersoalkan tindakan guru menggunting rambut anaknya.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit dan 22 saat itu, kelihatan bapa pelajar berkenaan memarahi guru tersebut di hadapan beberapa individu dengan nada suara tinggi.

Video tular sejak Isnin itu membangkitkan kemarahan netizen yang menyifatkan bapa tersebut terlalu memanjakan anak sendiri tanpa memikirkan kebaikan.

“Gila bapa macam ni. Nanti anak besar sejenis tak boleh disentuh.

“Mak ayah sekarang cepat sensitif. Itu yang (anak) jadi generasi manja.

“Ni jenis mak ayah je betul. Ni silap-silap kalau cikgu beritahu perangai anak dia kat sekolah macam mana, memang cikgu tu kena maki je. Tak boleh terima teguran,” demikian antara komen netizen.

Sementara itu, pendakwah bebas yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz kesal dengan tindakan bapa pelajar itu yang mengherdik guru tersebut disebabkan anaknya sendiri melanggar peraturan di sekolah.

Malah katanya, guru seharusnya dihormati kerana mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan berdisiplin.

“Layak ke seorang guru yang bergaji kecil dan tak pernah mengharap habuan dunia dilayan begini? Yang mereka jaga adalah anak kita, kita tak mampu jaga anak kita disebabkan kekangan masa kita bekerja dan sebagainya.

“Jadi, apa salahnya guru dihormati dek kerana kesudian mereka memilih tugas mulia ini. Menghormati guru adalah tuntutan agama jadi kalau guru ada salah tegur sehalus mungkin, bukan aibkan guru begini, entahlah.

“Semakin bertambah hormat saya pada seluruh guru di dunia ini, dah kena macam ni pun masih mampu bersabar,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button