Viral

[V1DE0] Di rumah atau sekolah, adik umur 4 tahun setia jaga kakak 6 tahun yang istimewa!

USIANYA baru ‘setahun jagung’, namun lagaknya seperti orang dewasa!

Bukan sekadar sanggup melutut memakaikan kasut, malah si cilik ini juga memimpin tangan kakaknya masuk ke perkarangan sekolah.

Naluri keibuan si adik terserlah saat menguruskan kakaknya, sehingga dihujani pujian netizen menerusi perkongsian video berdurasi 26 saat di laman sosial.

 

Bercakap kepada mStar, ibu kepada dua beradik itu, Siti Fauziah Masnan berkata, video tersebut merupakan sebahagian daripada kehidupan dilalui oleh anaknya yang berusia empat tahun bersama kakak istimewa berumur enam tahun.

Keakraban hubungan kakak dan adik.

Wanita berusia 35 tahun itu memberitahu, seorang daripada lima anaknya adalah anak istimewa yang menghidap sindr0m Williams yang menyebabkan gangguan perkembangan.

“Anak ketiga saya berusia enam tahun ni istimewa sejak lahir. Dia ada masalah lewat perkembangan atau Global Development Delay (GDD).

“Tapi syukur seorang lagi anak saya yang keempat berusia tiga tahun banyak membantu menguruskan kakaknya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Si adik menyuapkan makanan kepada kakaknya.

Siti Fauziah berkata, anak keempatnya banyak mempelajari cara berdikari daripada abang dan kakaknya, termasuk menjaga kakak istimewa.

“Seperti anak keempat ni, dia juga rajin pakaikan lampin, malah dia tolong cucikan kalau kakaknya berak atau kencing. Dia tak geli, malah dia siap mandikan kakaknya.

“Kadang-kadang, waktu makan pun dia rajin suapkan kakaknya. Lebih-lebih si kakak suka makan udang dan dia rajin tolong kopekkan kulit untuk senang makan,” ujarnya yang mempunyai tiga lagi anak berusia 11 dan lapan tahun serta sembilan bulan.

Anak istimewa bersama ibu bapanya.

Menetap di Selayang, Selangor, Siti Fauziah bersyukur kerana hubungan rapat kedua-dua beradik banyak membantu dari segi perkembangan positif anak istimewanya.

“Mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama, lebih-lebih lagi si adik suka bercakap. Si adik ni walaupun dia nampak ganas dan lasak, tapi dia caring.

Saya dan suami mahu anak-anak berdikari dan tidak menyusahkan orang lain, serta menjaga kakak dan adik istimewa mereka.

SITI FAUZIAH MASNAN

“Jika dulu si kakak lebih banyak diam dan termenung, tapi sekarang Alhamdulillah ada perkembangan yang baik dari segi percakapan dan pergaulan.

“Saya pernah pesan pada si adik, nanti masuk sekolah sama dengan kakak. Senang ada yang boleh tengokkan, dan si adik kata okay,” katanya sambil menambah anak istimewa mengikuti pendidikan khas di sebuah sekolah, manakala adiknya di tadika.

Adik mengopek kulit udang untuk memudahkan kakaknya makan.

Menurut penerbit drama ini, dia dan suami sentiasa membimbing dan mendidik anak-anaknya supaya lebih berdikari sejak mereka masih kecil.

“Saya dan suami perlu melakukan sesuatu, jika terjadi apa-apa pada kami… kami mahu mereka berdikari dan tidak menyusahkan orang lain.

“Kami juga harapkan anak-anak dapat menjaga kakak dan adik istimewa mereka. Saya selalu terapkan pada mereka, jagalah kakak atau adik istimewa kamu dengan baik, insyaAllah dapat pahala, boleh masuk syurga,” katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button