Hiburan

“Doa lebih sikit mommy” – Nora Danish kusyuk panjat doa, Nedim harap kembali kuat demi percutian bersama anak-anak

PENCERAIAN bukan alasan untuk pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri mengekalkan hubungan baik walaupun sudah tiada ikatan suami isteri.

Malah sejak Nedim dimasukkan ke sebuah hospital pada 24 Jun lalu, Nora setia menemani sehingga bekas suaminya itu berseloroh menggelar aktres itu sebagai jururawat.

Terbaharu, Nedim berkongsi foto Nora atau Nora Danish Hanif, 42, yang lengkap bertelekung dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat dan khusyuk berdoa.

Nora kerap melawat Nedim di hospital.

 

Nedim turut meminta bekas isterinya itu mendoakan agar dia kuat demi bercuti dengan anak-anak mereka.

“Doa lebih sikit mommy (Nora). Semoga daddy kuat untuk percutian anak-anak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Nedim berkongsi foto berkenaan di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam hantaran lain, Nedim juga berkongsi foto Nora manis bertudung sewaktu melawatnya seolah-olah mengiyakan aktres berkenaan sudah berhijab.

“Alhamdulillah, jururawat bergaduhku telah sampai,” kongsinya.

Pada malam 28 Jun lalu, perkongsian Nora di Instagram menaik perhatian selepas dia memuat naik foto memakai ‘hoodie’ berona kelabu dan mengenakan hijab berwarna hitam.

Dia bagaimanapun menutup ruangan komen dipercayai untuk mengelakkan sebarang pertanyaan daripada netizen.

Nora tampil manis bertudung jadi perhatian.

Pada 19 Jun lalu, Nora dan Nedim sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Selang beberapa hari selepas bercerai, Nedim memaklumkan dia kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta namun tidak memaklumkan punca dia ditahan di hospital.

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button