Hiburan

Bakal bertiga, Intan Najuwa kini hamil anak sulung

PELAKON Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira dia sedang hamil anak pertama.

Memaklumkan perkara tersebut di Instagram miliknya, Intan, 27, turut berkongsi gambar terbaharu yang menampakkan ‘baby bump’ pada bahagian perut.

“Rahsia kami akhirnya terdedah. Tidak lama lagi akan bertiga,” katanya.

Intan menulis perkara tersebut berserta rakaman imbasan sonogram menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungan.

Intan teruja bakal bergelar ibu.

Bagaimanapun Intan tidak menyatakan secara terperinci usia kandungan ketika ini.

Perkongsian tersebut juga menerima banyak ucapan tahniah dalam kalangan peminat termasuk rakan selebriti pelakon berkenaan.

Sementara itu, Intan dalam hantaran berbeza turut menitipkan doa buat wanita yang sedang berjuang menimang cahaya mata.

“Saya doakan kepada semua wanita yang sedang menunggu zuriat dan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” katanya.

Dalam pada itu, Intan berkata dia mengambil masa yang agak lama untuk memaklumkan berita kehamilannya itu, namun menganggap perkara baik harus dikongsi untuk mendapat doa daripada orang ramai.

Pelakon drama Racun Rihanna ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudah memberikan doa terbaik buat mereka.

“Terima kasih di atas semua doa, kata-kata yang baik dan semua benda yang positif. Saya dan suami mengambil sedikit masa untuk berkongsi tentang berita ini (hamil) tetapi perkara yang baik dan bahagia perlu dikongsi.

“Supaya ramai yang mendoakan dan saya percaya semua bayi di dunia ini perlu diraikan,” ujarnya.

Dalam berkongsi berita gembira, aktres berkenaan tidak terkecuali menerima komen-komen negatif yang dilempar oleh netizen.

Tidak berkecil hati dengan komen toksik yang diberikan, Intan menasihati orang ramai untuk menjaga tutur kata kerana bimbang akan berbalik kepada diri mereka.

Intan dan Azraf bernikah pada 18 Ogos tahun lalu.

“Untuk yang memberikan komen toksik itu, tak mengapa. Kata-kata yang kita ucapkan dan lontarkan akan sentiasa berbalik kepada kita sendiri.

“Jadi berhati-hatilah jika menulis sesuatu. Kepada yang memberikan komen positif, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada usahwan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

Intan sebelum ini pernah memberitahu mahu berehat daripada dunia seni buat sementara kerana ingin memberi fokus kepada urusan rumah tangga.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button