Hiburan

[Vide0] Alhamdulillah Zamani sudah dibenarkan keluar hospital, badan dah tak ‘bengk0k’ lagi

SELESAI menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada Isnin lalu, penyanyi Zamani sudah dibenarkan keluar daripada hospital pada Khamis.

Berita gembira itu dikongsikan oleh isterinya iaitu Nur Juliana Abd Rani yang turut memaklumkan keadaan Zamani kini semakin baik dan sudah boleh berjalan.

Dalam perkongsian terbaharu di Instagram itu, Juliana mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan kesihatan penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu.

“Alhamdulillah, Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini.

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan operasi pembedahan dan semua kakitangan hospital yang mengambil berat serta mendoakan Zamani,” katanya.

Zamani mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

Dalam pada itu, Juliana turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Aznil Nawawi dan semua individu yang membantu mendapatkan dana buat pembedahan suaminya itu.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Nil, semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani.

“Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” ujarnya.

Aznil Nawawi (tengah), antara individu yang membantu mendapatkan dana pembedahan.

Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur melihat perkembangan positif yang ditunjukkan vokalis kumpulan Slam itu.

“Alhamdulillah, semoga cepat sembuh abang Zamani.

“Semoga Allah mempermudahkan urusan abang Zamani, cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa,” tulis netizen.

Sebelum ini, Azil Nawawi menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang dilakukan untuk membantu Zamani sekitar Jun lalu.

Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button