Hiburan

“Tak… Tak Kacau, Cuma Ia Comel. Saya Tergelak Sebab…,” – Kak Lina ‘Masuk’ Tengah Pentas, Jaclyn Respons Hal Sebenar

Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Jaclyn Victor memaklumkan kehadiran pengacara Elly Mazlein ke dalam persembahannya sehingga membuatkan dia ketawa adalah sesuatu yang dirancang.

Menurut Jac, dia tidak terganggu dengan kehadiran Kak Lina malah menyifatkan bekas peserta GV3 itu sebagai comel.

Menurut Jac, dia sebenarnya sudah merancang ‘gimik’ berkenaan sebelum membuat persembahan.

 

“Tak… Tak kacau. Cuma ia comel. Saya tergelak sebab bila tengok reaksi dia (Elly) seolah macam ‘kurang ajar kau panggil aku tapi sekejap je eh?’.

“Tidak, tak terganggu langsung. Not at all. Dia (Elly) tak tahu sebenarnya, i just planned. Sebab dia pernah bawa lagu ini kan? Dan dia sangat bertenaga atas stage. Jadi sebab itulah,” katanya.

“Saya ada terfikir jugaklah kalau momen saya tergelak tu akan menjejaskan markah mana tahu kan, tapi tu la saya tergelak sebab sumpah muka dia lawak gila, itu sahaja,” kata Jac ketika ditemubual.

 

 

Jac ditemui pada majlis sidang media konsert minggu ketiga GV9 yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Dalam pada itu bagi juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dia tidak akan menghukum seseorang peserta jika peserta itu terganggu dengan faktor-faktor yang tidak boleh dikawal.

“Bagi saya sendiri, ia tidak mempengaruhi markah peserta malah ia juga menunjukkan betapa profesionalnya artis tersebut untuk kawal situasi tersebut.

“Pada saya tiada masalah selagi penyanyi tersebut boleh kawal situasi, ia bukanlah satu masalah. Pada saya, Kak Lina sangat kelakar, dia tidak mengganggu saya.

“Saya rasa dia tahu batas dia dalam cuba menghiburkan penonton tapi juri lain saya tak tahulah. Tapi kita sebagai juri tahu kalau peserta itu terganggu kerana Lina, kita tak akan hukum peserta.

“Sebab kita tahu kan, dia ni terganggu sebab Lina masuk tadi, so kita tak jatuh hukum pada peserta. Kalau kita tengok peserta tu tahu macam mana nak kawal situasi, itu menunjukkan dia punya profesionalisme, tiada masalah,” ujarnya kepada Gempak.

 

Sementara itu, mengulas mengenai lagu dangdut, Perawan Atau Janda yang dipersembahkan, Jac akui ia mencabar kerana naskhah berkenaan berbeza daripada genre kebiasaannya.

“Sesuatu yang saya tidak biasa. Sebab saya memang akan serius di atas pentas meski lagu berentak rancak. Cara dan stail nyanyian saya begitu.

“Jadi bila diberikan lagu tersebut, saya sahut cabaran itu. Tambahan pula minggu ini setiap bintang perlu membuat persembahan menerusi lagu yang bukan kebiasaan masing-masing.

“Saya pun tak pernah bawakan lagu genre dangdut. Malah ketika bersama band dulu pun, rasanya memang tak pernah. Apa pun saya cuba yang terbaik ,” katanya lagi.

Terdahulu pada minggu ketiga saingan, Jac berada di kedudukan kelima dengan markah sebanyak 71.40 peratus.

 

Sumber : MH, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button