Hiburan

Linda Onn Puji Elly, Tak Salah Pilih Orang; “GV Janganlah Habis Awal, Dah Lama Tak Ketawa Macam Ni.”

Usahawan dan bekas penyampai radio, Linda Onn berkongsi dedikasinya buat rakan artis, Elly Mazlein yang kini kian menjadi sebutan selepas berjaya mengemudi program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dengan baik.

Menurut Linda, produksi tidak salah memilih hos bagi menggantikan Jihan Muse yang ketika itu sedang berpantang anak kedua.

“Tengah scroll gambar kat handphone terjumpa ni. Zara dengan Kepompom @iamellymazlein. Tak salah orang Linda pilih jadi watak utama drama pertama terbitan Linda, Kopi Susu Cik Janda.

“Dan tak salah orang GV pilih jadi hos. Sekarang tiap Ahad malam memang mesti tengok GV bukan sebab peserta-peserta yang memang hebat tapi tengok GV sebab Kak Lina Pom Pom.

“Dia bikin kita yang penat kerja, penat otak seharian ni jadi happy, jadi hilang stress tengok gelagat dia. Good job @iamellymazlein!

“GV janganlah habis awal. Dah lama tak ketawa macam ni,” tulis Linda menerusi salah satu perkongsian di Instagram baru-baru ini.

Komen peminat:

Sedar kena sindlr, Elly Mazlein ambil langkah ‘tutup telinga’…

TIDAK dinafikan kemunculan Elly Mazlein sebagai pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) berjaya menggamatkan suasana dengan aksi bersahajanya namun di sebalik itu terdapat segelintir pihak kurang senang aksi ‘over’ penyanyi itu yang dianggap mahu menenggelamkan peserta bertanding.

Membaca komen-komen yang dilemparkan netizen di media sosial, Elly, 42, bagaimanapun lebih senang mengambil pendekatan ‘tutup telinga’ dan memberi fokus dalam menjalankan tanggungjawab diamanahkan pihak produksi kepadanya.

“Saya hormati pendapat orang di luar sana namun saya terpaksa ambil langkah tutup telinga. Bukan senang nak galas tanggungjawab sebagai pengacara program ini.

Aksi Elly di pentas GV9 sering jadi tumpuan.

“Sebab itu di media sosial pun saya tidak membuat atau meletakkan sebarang kenyataan untuk betulkan keadaan. Tak perlu nak ulas semula komen-komen tersebut. Semoga satu hari nanti mereka akan suka dengan persembahan saya sebagai pengacara,” katanya kepada mStar.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bergandingan dengan Nabil Ahmad dalam musim kali ini menggantikan Jihan Muse yang kini dalam proses berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua awal September lalu.

Dalam pada itu, Elly berharap tiada mana-mana pihak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang fitnah dalam kalangan peminat.

Ini kerana kata Elly, pandangan atau komen tersebut boleh menimbulkan fitnah sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen.

Kadang-kadang ada pendapat keterlaluan sehingga menimbulkan fitnah dan buat orang berteka-teki.

ELLY MAZLEIN

PENYANYI/PENGACARA GEGAR VAGANZA 9

“Kadang-kadang ada pendapat keterlaluan sehingga menimbulkan fitnah dan buat orang berteka-teki. Bukankah lebih baik kita semua bersatu? Rasanya saya sendiri sudah tua untuk bersikap kebudak-budakkan seperti itu.

“Kenalah jadi lebih matang dan percaya kepada rezeki. Saya masih ‘hijau’ dalam bidang ini dan berikanlah saya kasih sayang. Bukanlah kecewa dengan kata-kata orang, cuma saya harap mereka yang berkata itu kembali sedar bahawa ini adalah untuk menghiburkan penonton,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Elly meluahkan rasa syukur dan teruja apabila diberi peluang menjadi salah seorang barisan terbaharu penyampai radio Era.

Diberi tugasan mengendalikan segmen Carta Era 40, Elly menganggap ia adalah sebagai satu hadiah untuk menghiburkan peminat yang mendengarnya di corong radio.

“Ini adalah satu peluang yang dinantikan. Siapa yang tidak mahu bergelar penyampai radio Era? Apabila diberi peluang saya rasa sangat bersyukur.

“Di sebalik semua kecaman, ini adalah satu hadiah buat saya untuk hiburkan peminat,” katanya.

Sumber: MH, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button