Hiburan

Tahulah suka bercucuk tanam, tapi janganlah sampai ‘bolot’ tanah jiran… dah tegur tapi ada saja jawabnya!

SERING kali kita didedahkan dengan perkongsian rungutan individu tentang sikap jiran yang kurang mempunyai ‘common sense’ di media sosial.

Isu yang sering diketengahkan adalah mengenai ruang parkir, kebersihan dan lain-lain lagi.

Namun dalam satu perkongsian oleh seorang individu di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, seorang individu berkongsi rasa kurang senangnya dengan sikap jiran yang mempunyai hobi bercucuk tanam.

Mana tidaknya, jiran tersebut bercucuk tanam di kawasan sekitar sehingga ‘mengacau’ ruangan milik rumahnya dan rumah jiran yang lain.

“Bincangkan… patut ke tanam pokok di belakang kawasan rumah macam ni?

“Aku cuma tanya je ni, jangan kec4m ya. Sampai belakang, tepi rumah jiran pun dia tanam,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Lelaki berkenaan membuat perkongsian di media sosial untuk bertanya pendapat warga maya.

Tambah individu berkenaan, dia sudah pun bersemuka dan meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada jiran berkenaan apatah lagi lantai simennya turut dinaiki lumut di kawasan yang ditanam tumbuhan.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan agak mengecewakan dirinya.

“Bila ditegur cakap lantai aku semua berlumut, dengan selamba dia respons sebab air aircond (penghawa dingin) bilik aku menitik.

“Oh ya lah. Sebab aku penyewa saja, jadi tak boleh tegur owner. OK tak pa,” tulisnya dalam nada sinis.

Report management bang. Aku hari tu gini jugak, siap tanam pokok betik, naik sampai balkoni aku.

NETIZEN

Buntu dengan isu yang dihadapinya, dia memuat naik di laman Facebook untuk bertanya pendapat warga maya.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi yang pelbagai dengan ada yang mencadangkan individu tersebut membuat laporan kepada pihak pengurusan di kawasan perumahan tersebut.

“Apabila B40 tegar baru pindah kediaman so called M40, culture shock (kejutan budaya) tu.

Antara cadangan dan komen netizen terhadap masalah yang dialami lelaki tersebut.

“Lorong belakang rumah (backlane) tak boleh ada halangan. Tujuan untuk kegunaan pihak berkuasa seperti bomba bila ada kecemasan.

Report management bang. Aku hari tu gini jugak, siap tanam pokok betik, naik sampai balkoni aku. Sidai baju memanjang tak kering, lindung matahari. Stress aku.

“Pernah juga kena, depan rumah yang saya sewa, jiran nak buat kedai untuk berniaga, siap tambun-tambun tanah. Last beritahu tuan rumah, terus jiran tak mai buat. Bye jiran dari neraka,” demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button