Hiburan

“11 Tahun Tunggu Zuriat..”- Akhirnya Isteri Achey Buat Kejutan Untuk Suami Buat Ramai Doakan

ISTERI kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya berkongsi perjalanan menjalani rawatan kaedah persenyawaan invitro (IVF) bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-36 suaminya.

Nor Hasanah dalam satu hantaran di Instagram memberitahu rawatan itu dilakukan pada 6 Ogos lalu dengan merujuk kepada pakar IVF iaitu Dr Thokha Muhammad di sebuah hospital di Johor.

Rawatan itu juga katanya adalah sebagai hadiah terindah daripadanya buat Achey atau Mohd Nasir Hamzah.

“Happy birthday sayang… Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak.

Nor Hasanah berkongsi berita mengenai rawatan IVF di Instagram.

“Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat.

“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan, amin.

Dalam hantaran sama, Nor Hasanah turut melahirkan rasa syukur kerana sepanjang perkahwinan mereka Achey telah menjaganya dengan baik.

Nor Hasanah juga berharap penantian 11 tahun mereka untuk menimang cahaya mata akan membuahkan hasil.

“11 tahun penantian kita, Insya Allah kita usaha, Allah yang tentukan,” katanya.

Happy birthday sayang… Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak.

NOR HASANAH YAHAYA

ISTERI ACHEY

Menerusi hantaran itu juga, Nor Hasanah turut berkongsi video perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk bertemu dengan Dr Thokha.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, pengikut media sosialnya turut mendoakan agar semua urusan dan usaha untuk mendapatkan cahaya mata pasangan itu dipermudahkan.

“Doktor ini sangat terkenal untuk IVF dan semoga berjaya. Semoga Allah mempermudahkan buat Achey dan Anne… Selamat hari jadi Achey!

“Happy birthday Achey, semoga dipermudahkan, Allah akan bantu hambaNya yang berusaha. Insya Allah berita gembira akan menyusul,” tulis pengikutnya.

Untuk rekod, pasangan itu mengambil seorang anak angkat pada 2018 yang beri nama Nur Tiara Zinnirah Nasir, 4 tahun.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button