Hiburan

“Sejak penghijrahan sudah tidak banyak tawaran yang diterima” – Raja Farah tak merajuk, rindu dunia lakonan… Kini sedang hamil anak keempat

HAMPIR 15 tahun dilihat menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Raja Farah berkata dia tidak pernah memberikan kata putus ingin meninggalkan industri seni.

Meskipun fokusnya kini adalah menguruskan keluarga, Farah atau Raja Farah Raja Aziz, 36, mengakui ada kalanya dia rindu untuk kembali aktif berlakon.

“Saya memamg tidak aktif berlakon dan sekarang hanya aktif tugas sebagai ibu selain perniagaan. Rasanya hampir 15 tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Farah kini lebih fokus uruskan keluarga.

“Saya tidak menutup pintu untuk terus berlakon. Tidak mustahil suatu hari nanti akan kembali aktif. Cuma perlulah mengikut kesesuaian dan keizinan suami.

“Berlakon sudah sebati dengan jiwa saya, jadi susah untuk tinggalkan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Farah berkata tiada istilah merajuk dalam dirinya meskipun mungkin ada yang sudah mula lupa namanya sebagai seorang pelakon.

Kata Farah lagi, antara faktor dia memperlahankan kerjaya seni dahulu adalah disebabkan tidak banyak drama atau filem sesuai dengan penampilannya sebagai seorang wanita berhijab.

“Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima. Mungkin ketika itu tidak banyak skrip untuk wanita bertudung. Jadi tiada istilah merajuk dengan industri seni.

Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima

RAJA FARAH

PELAKON

“Kemudian ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, sebab itu saya semakin tidak aktif berlakon.

“Dalam masa sama ada juga rasa lega kerana anak-anak tidak terkena tempias dunia glamor dan mereka boleh menikmati kehidupan kanak-kanak seperti biasa,” ujarnya.

Farah yang kini hamil cahaya mata keempat juga memberitahu dia mungkin tidak akan kembali aktif dalam masa terdekat memandangkan anak-anaknya masih kecil.

Farah tunggu masa sesuai untuk kembali aktif.

Dalam masa sama, dia juga enggan menimbulkan sebarang masalah dengan pihak produksi yang terpaksa mengikut jadualnya untuk tujuan penggambaran.

“Sekarang usia kandungan saya sudah masuk lima bulan. Kalau nak berlakon pun bukan dalam masa terdekat. Tunggulah anak besar sedikit.

“Saya juga tidak mahu susahkan produksi kerana perlu ikut jadual saya. Jadi apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali aktif,” jelasnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button