“Seandainya Saya Kaya, Mampu Beli Satu Lagi Bumi Sekali Pun, Itu Tak Bermakna Saya Bahagia,” – Ameera Khan
Ameera Khan atau turut dikenali dengan panggilan Little Miss Khan diruangan Instagram (IG) miliknya mempunyai jutaan pengikut apabila dia menggunakan akaun tersebut untuk berkongsikanperkembangan kerjaya mahupun aktiviti dilakukannya namun dia sekali lagi dilihat menyepi dengan tidak meninggalkan sebarang foto.
IG Little Miss Khan ‘kosong’
Disebabkan Instagram peribadinya ‘kosong’, Neelofa juga pernah menjawab tentang perkembangan adiknya yang difahamkan berehat daripada media sosial dan itu bukanlah kali pertama dia melakukan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa hari lalu Ameera Khan mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat bersama ibunya, Datin Noor Kartini berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah.
Kembali Aktif di Intagram
Dalam dua posting terbaharu Ameera Khan juga meluahkan rasa gembiranya dengan memaklumkan pemergiaan dia kesana adalah hadiah ulang tahun kelahiran yang terbaik disamping memuat naik beberapa keping foto.
Pempengaruh, Ameera Khan merasakan setiap individu mempunyai cara bahagia mereka yang tersendiri.
Pandangan itu diberikan sebagai respon balas Ameera terhadap salah seorang pelayar yang mengikuti sesi siaran langsungnya di Instagram pada Sabtu.
Individu tersebut bertanya mengapa Ameera masih mahu menghilangkan diri meski dikurniakan kehidupan sempurna dari segi paras rupa, harta dan keluarga yang sentiasa menyokongnya.
Jelas adik kepada selebriti terkenal Neelofa itu, orang luar tidak seharusnya membuat andaian melulu sebaliknya dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk berehat seketika daripada media sosial.
“Ini perkara yang saya kurang bersetuju. Rupa dan duit tidak akan kekal selamanya dan ia juga tidak melambangkan erti bahagia buat saya. Buat orang lain pula mungkin berbeza.
“Apa yang penting bagi saya adalah kesihatan mental dan fizikal serta keluarga saya. Seandainya saya kaya dan mampu beli satu lagi bumi sekali pun, itu tak bermakna saya bahagia.
“Jadi, sekiranya saya memutuskan untuk sembunyikan diri dan mengelak daripada berjumpa dengan orang ramai, ia adalah kerana sebab-sebab lain.
“Ia mungkin kerana netizen atau saya sendiri yang sudah terlalu lama meluangkan masa di media sosial. Saya berasa penat dan perlu reset semula,” katanya.
Bagaimanapun, Ameera memaklumkan dirinya tetap bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikurniakan kepadanya selama ini.
“Saya bukan memilih untuk berehat kerana saya merasakan diri saya cantik atau berwang. Alhamdulillah dengan harta dan rupa paras yang saya miliki serta perkara-perkara yang telah saya jalani selama ini.
“Saya memang sangat bersyukur tetapi anda tidak boleh mengatakan yang saya punyai segalanya tetapi tetap melarikan diri. Pada saya, perkara metrialistik tidak menggambarkan kebahagiaan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, selepas hampir enam bulan menghilangkan diri daripada media sosial, Ameera kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya pada Sabtu.
Kemunculan semulanya itu nyata menzahirkan rasa gembira di hati para peminat dan rakan selebriti.
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda