Hiburan

“Sebagai Org yg Setia, Sy Rasa..”- Lagi Berapa Hari Mas Idayu Kahwin, Anak Mula Dedah Perubahan Ibunya

Kuala Lumpur: “Hari-hari tengok ‘mummy happy’ sekarang.” Demikian kata anak penyanyi Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqa, 25, berkongsi kegembiraan ibunya yang bakal berkahwin kali kedua pada 16 September ini.

Nur Dayini atau Dayini berkata, perubahan besar ibunya itu memang cukup dirasakan sehingga dia sendiri terikut berbunga-bunga hati menerima kehadiran ‘daddy’ baharu tidak lama lagi.

“Nampak sangat ‘mummy’ berseri-seri menjelang majlis bermaknanya itu nanti. Dalam pada teruja, nampak jugalah rasa gundahnya tapi ‘mummy’ memang beria jayakan setiap majlis diatur buatnya.

“Sebagai orang yang paling setia berada di sisinya, saya dapat rasakan kebahagiaannya. Saya pun tak sabar terima ‘daddy’ baharu meskipun hakikatnya sudah kenal rapat dengannya,” katanya.

Pagi tadi, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, mengadakan majlis bersiram air bunga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Penyanyi lagu Cintaku 100% itu akui tidak keruan menjelang hari bahagiannya namun sangat bersyukur apabila dibanjiri tajaan sehingga terpaksa menolak banyak tawaran daripada pelbagai pihak.

“Tajaan kini hampir mencecah RM8 juta dan masih ada banyak yang masuk. Saya terpaksa menolak tawaran termasuk yang datang dari utara tanah air memandangkan sudah menetapkan ambil tajaan terdahulu.

“Saya tak nafikan memang sekarang ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena menghitung hari menjelang majlis nikah nanti. Syukur sangat saya cuma perlu ‘bawa badan’ kerana tajaan sudah lengkap pada majlis itu,” katanya.

Terdahulu, Mas Idayu mengumumkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini. Mereka turut mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Majlis pernikahan itu juga bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan pada sebelah malam pula akan diadakan majlis resepsi dengan tema ‘fairy tale’ dengan tetamu jemputan seramai 320 orang.

Mas Idayu dan Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini. Penyanyi terbabit pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dayini.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button