Hiburan

Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

Sepotong video yang memaparkan secebis momen ‘genting’ sewaktu konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza berjaya meraih perhatian orang ramai baru-baru ini.

Siti jeling

Menerusi video tersebut dapat dilihat mimik muka penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kelihatan garang dan tegas sewaktu berkomunikasi bersama salah seorang kru backstage.

Difahamkan situasi itu berlaku dipercayai berpunca daripada alat monitor telinga atau ‘In-ear monitors’

“Ear monitor sudah on ke belum,” ujar Siti kepada kru tersebut.

Sejurus itu, kru itu hanya bertindak memeriksa ear monitor tersebut sebelum Siti sambung beraksi di pentas. Siti respons

Dalam pada itu, Siti menerusi akaun X nya sempat mengulang siar (repost quote) sebuah komen daripada seorang pengguna X yang mengulas mengenai momen tersebut.

“”Ear monitor dah on ke belum?” Lepas tu @CTNurhaliza11 bagi jelingan manjah. #SebuahEpitomeSayaSitiNurhaliza,” tulis salah seorang pengguna X.

— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) April 13, 2024

“Hahahaha. Masa ni boleh tengok saya jadi singa,” balas Siti menerusi platform X nya.

Reaksi netizen

Sementara itu, menjengah ke media sosial pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet.

Antaranya komen yang diberikan:

“Ingat senang ke nak dapat tengok Siti Nurhaliza jeling orang dekat backstage? HAHAHAHA seram yaaa!

“Muka Siti Nurhaliza, kita pulak takut.

“Time awal-awal konsert haritu perasan jugak Siti pegang telinga (ear monitor) few times and ada part-part lagu yang Siti terlambat/tercepat masuk.

“Ear monitor sangat penting ya, so tak heran bila dia tegas bab ear monitor ni. Kalau tak on, mmg tak dengar apa nant,” komen beberapa netizen.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button