Hiburan

“Dari situlah bibit-bibit perkenalan kami…” – Datuk Red dan Adira rancang bersatu kembali

BAKAL memasuki fasa baharu kehidupan, usahawan Datuk Seri Adnan Abu memberitahu dia kini dalam proses kembali menjalinkan hubungan serius dengan bekas isteri iaitu penyanyi Adira Suhaimi.

Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red, 46, berkata Adira terbuka hati untuk memberikannya peluang selepas melihat segala usaha yang dilakukan dalam tempoh idah sebelum ini.

“Ya! Saya dan Adira kembali bersama, apa yang orang ramai tengok dalam siaran langsung saya itulah sebenarnya.

Adnan kembali ceria selepas bercinta dengan Adira.

“Adira kata mahu beri saya peluang selepas nampak perubahan saya.

“Tapi kami tidak tergesa-gesa, masih mengenali hati budi. Saya pun tak nak cakap lebih kalau ada jodoh kami InsyaAllah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Adnan maklumkan dia sudah lima hari menjalinkan hubungan cinta bersama Adira semasa melakukan siaran langsung di TikTok miliknya.

Bersungguh ingin bersatu kembali, Adnan berkata dia juga sudah berbincang dengan keluarga Adira mengenai perancangan perkahwinan mereka.

Malah mereka juga sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk disatukan.

“Selepas raya Aidilfitri tahun depan, InsyaAllah kami akan ke langkah seterusnya, saya pun sudah berbincang dengan abang Adira mengenai perkara ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan juga memberitahu hubungan mereka kembali jernih selepas Adira menitiskan air mata ketika menyampaikan lagu berjudul Tutur Batin nyanyian Yuna Yunita.

“Dari situlah bibit-bibit perkenalan kami… biasalah dia sayangkan saya. Saya pula sekarang saham sedang meningkat naik,” ujarnya.

Adnan akui dirinya kini menjadi rebutan ramai.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, sebelum ini memberitahu dia dan bekas suaminya kini lebih fokus dengan kehidupan masing-masing selepas tamat tempoh idah pada 15 Julai lalu.

Meskipun tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing, Adira dan Adnan masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.

Adira dan Adnan sah bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, 2 tahun.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button