Hiburan

“Bukan berpunca dr ubat kurus” – Khabar angin buah pinggang Nad Zainal mer0sot aklbat ubat kurus tak benar, vital organ tidak terjejas

PENGARAH drama shahrulezad menyangkal khabar angin mendakwa buah pinggang pelakon Nad Zainal yang dilaporkan merosot adalah disebabkan pengambilan ubat kurus.

Kata Shahrulezad, perkara itu tiada kena mengena dengan keadaan pelakon itu malah vital organ terutamanya buah pinggang Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dalam keadaan baik.

“Apa yang membuatkan abam lega ialah vital organ Nanad juga dalam keadaan baik terutama buah pinggang beliau.

“Khabar angin mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar sama sekali.

Pelakon Ungku Ismail (kiri) dan pengarah Shahrulezad sering mengemas kini perkembangan terbaharu Nad.

“Masalah Nanad sekarang adalah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan,” katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu selepas menerima perkembangan terkini daripada pelakon Ungku Ismail.

Berkongsi keadaan terkini pelakon drama Cina Buta itu, Shahrulezad memaklumkan keadaan Nad smakin baik meskipun paru-parunya masih belum pulih sepenuhnya.

Disebabkan itu, Nad akan terus menggunakan intubate sementara paru-parunya menjadi lebih kuat dan stabil.

“Alhamdulillah keadaan Nanad hari ini lebih baik dari semalam tapi doktor masih mahu Nanad di intubate selagi paru-paru masih belum betul-betul kuat.

“Kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen juga sudah semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor extubate. Abam rasa tidak lama lagi. Insya Allah,” katanya.

Nad menunjukkan perkembangan positif.

Dalam pada iti, Shahrulezad memohon agar peminat terus mendoakan kesihatan Nad.

“Apa yang Nanad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman untuk dia terus berjuang kembali sihat. Selain itu Nanad juga perlukan doa dari korang semua.

“Abam percaya Nanad akan kembali sihat semula seperti sedia kala. Apa yang dimohon adalah doa berterusan,” kongsinya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) selepas dipercayai mengalami jangkltan kuman dalam paru-paru.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button