Viral

Anak yatim menangis di jamuan raya, kuih dibawa ‘tak laku’. Tiada yang sudi jamah! .. cikgu selamatkan keadaan

KETIKA ini masih ramai yang menganjurkan rumah terbuka atau jamuan sempena Aidilfitri sebelum Syawal berakhir.

Ibarat aktiviti wajib setiap tahun, kebanyakan sekolah juga tidak ketinggalan menganjurkan jamuan hari raya untuk warganya meraikan kemeriahan bersama-sama.

Kebiasaannya, para pelajar akan diminta oleh guru untuk membawa juadah atau apa sahaja makanan seperti konsep ‘pot luck’, selain makanan lain yang turut disediakan.

Memang meriah suasana apabila makanan yang dibawa oleh para pelajar dikumpulkan di meja untuk dinikmati beramai-ramai.

Namun dalam satu perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang murid lelaki dilihat tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika jamuan sedang berlangsung.

Guru berkenaan turut menjamah biskut raya yang dibawa murid tersebut.

Menerusi video yang sempat dirakam oleh seorang guru, kedengaran murid berkenaan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh guru berkenaan mengenai punca dia bersedih.

“Sebab tak ada orang makan biskut kita,” jawab murid berkenaan sambil menangis.

Bijak mengambil hati murid berkenaan, guru tersebut segera memintanya menunjukkan biskut yang dibawa dan membuka penutup bekas agar mudah untuk orang lain mengambilnya.

“Lain kali Shakir kena buka penutup ni. Okay, semua makan cepat,” ujar guru berkenaan sambil dia turut mengambil biskut raya yang dibawa murid berkenaan.

Beberapa murid lain dilihat turut sama menjamah biskut yang dibawa rakan mereka itu.

Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid. Sesiapa pun akan sedih bila apa yang kita bawa tak dimakan. Terbaik cikgunya.

NETIZEN

Difahamkan, murid berkenaan yang dikenali sebagai Shakir merupakan seorang anak yatim sebagaimana keterangan yang ditulis pada kapsyen.

“Bawa biskut raya tiada orang nak makan. Kesian anak yatim Shakir ni. Tak apalah kawan-kawan ada boleh makan biskut Shakir,” tulis guru berkenaan.

Sehingga kini, video menyentuh hati yang dimuat naik guru berkenaan di akaun TikTok miliknya, @farisfarhansidek meraih melebihi 6.1 jumlah tontonan.

Antara komen netizen yang terharu dengan perkongsian berkenaan.

Menjengah ruangan komen pula, rata-ratanya melahirkan rasa sebak menonton perkongsian berkenaan dan dalam masa yang sama turut memuji guru berkenaan kerana pandai mengambil hati pelajarnya.

“Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid. Sesiapa pun akan sedih bila apa yang kita bawa tak dimakan. Terbaik cikgunya.

“Alhamdulillah dapat cikgu yang baik dan pandai ambil hati anak murid.

“Menitik air mata…. pandai cikgu ni ambil hati dan pulihkan keadaan. Memang terbaik,” demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button