Hiburan

Saling ‘unfollow’ di Instagram, Sharnaaz Ahmad jawab status hubungan dengan Amelia Christie

PELAKON Sharnaaz Ahmad memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan dia dan aktres Amelia Christie saling ‘unfollow‘ akaun Instagram.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin memberi fokus kepada karier dan anak lelaki tunggalnya.

Kata Sharnaaz lagi, pada usianya sekarang sudah tidak sesuai bercakap mengenai soal cintq apatah lagi tidak pernah mengiyakan atau menafikan hubungan dengan Amelia.

Sharnaaz enggan mengulas lanjut tentang isu unfollow IG Amelia.

“Saya tak nak komen apa-apa. Fokus saya, kerjaya dan anak. Saya dan dia (Amelia) okey sahaja, berhubungan baik.

“Saya tak nak cerita apa-apa. Saya pun tak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan dia.

“Jadi tak boleh nak cakap putus. Biarlah. Saya pun sudah nak masuk 40 tahun, nak bercerita pasal cinta macam merepek,” ujarnya.

Sharnaaz menjawab perkara itu ketika ditemui di Grand Launching Elrah Exclusive di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Dalam pada itu, pelakon Polis Evo 3 itu berkata, dia tidak menolak jika diberi

peluang kedua untuk mendirikan rumah tangga selepas ini.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan bukanlah keutamaan kerana dia mahu fokus kepada anaknya iaitu Jebat Jayden.

“Biarlah dulu fasal kahwin, lagipun saya pernah berkahwin. Kalau ada rezeki jodoh saya okay.

Sharnaaz mahu fokus kepada kerjaya dan anaknya Jebat Jayden.

“Kalau tiada pun okay sahaja. Saya pun dah ada anak. Fokus saya nak cari duit untuk keluarga memandangkan Jebat pun nak masuk sekolah,” katanya.

Untuk rekod Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button