Hiburan

“Ibu cakap saya kena Sihir..tapi bila saya solat ..saya rasa “..Sudah lama berdiam ..Syamsul buat pengakuan ini

Pengarah Syamsul Yusof, 39, mengakui perkahwinan keduanya dengan Ira Kazar adalah atas pilihannya sendiri, namun sedih dengan penerimaan ibunya, Datin Patimah Ismail terhadap pernikahan itu

Bagaimanapun, dia tidak pernah berasa sakit hati dengan segala tindakan ibunya itu kerana apapun yang berlaku, Patimah tetap ibunya dan menganggap ini sebagai ujian hidup.

“Saya sudah memilih dia (Ira). Kemungkinan, apa diinginkan ibu, dia mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah Liyana) sekarang ini. Tapi, saya tak boleh buat begitu. Saya mohon maaf kepada ibu.

“Jadi, saya tak ada pilihan sekarang ini. Insya-Allah, masa akan menentukan segalanya antara saya dan keluarga. Sekiranya agama (Islam) menetapkan bahawa meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib untuk berkahwin, saya akan berbuat begitu,” katanya ditemui pada majlis sidang media khas diadakan semalam.

Syamsul berkata, dia tetap berlapang dada dengan apa yang dilaluinya ketika ini terutama masalah rumah tangga dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang masih lagi tidak berpenghujung apabila terlalu banyak perkara didedahkan di media sosial.

“Saya faham sebagai ibu mesti dia sangat sedih. Saya juga faham ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsikan di media sosial.

Ini bukan permainan hendak suruh sokong isteri kedua atau pertama, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Saya minta maaf ibu,” katanya

Syamsul berkata, dia juga ada menghubungi ibunya, namun situasi hangat antara mereka masih belum reda dan perlukan masa untuk pulih lagi.

Katanya, sebagai anak dia tetap menyayangi dan menghormati ibunya itu.

“Saya masih ada menghubungi ibu, tetapi tak perlu cakap, semua orang tahu ibu marah saya. Sebagai anak, saya memang sedih, tapi tak rasa sakit hati pun.

“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi, tapi saya sudah buat solat istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat (sihir), tapi keputusan ini (berkahwin dua) memang saya yang pilih,” katanya.

Sebelum ini, Syamsul turut memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kelmarin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button